CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Perlis Galak Solat Sunat Aidiladha Di Tanah Lapang

27-6-2023 12:52 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1060| Komen: 24

Description: Solat sunat Hari Raya Aidiladha di Perlis pada Khamis digalakkan untuk dilaksanakan di tanah lapang dan diselaraskan pada pukul 8 pagi, sama seperti tahun-tahun sebelum ini.Pemangku Raja Perlis Tuanku ...
Solat sunat Hari Raya Aidiladha di Perlis pada Khamis digalakkan untuk dilaksanakan di tanah lapang dan diselaraskan pada pukul 8 pagi, sama seperti tahun-tahun sebelum ini.

Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah pemilihan tanah lapang berkenaan adalah tertakluk kepada ketetapan oleh Jawatankuasa Kariah Masjid masing-masing dan perkara ini selaras dengan Sunnah Rasulullah SAW.



Harian Metro

"Walau bagaimanapun, pihak Jawatankuasa Kariah boleh mempertimbangkan penggunaan ruang di dalam masjid sekiranya terdapat keperluan bergantung kepada ruang, tempat dan bilangan jemaah yang hadir," titah baginda menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) hari ini.

Baginda bertitah dalam keadaan cuaca yang tidak sesuai, solat sunat Aidiladha boleh dilaksanakan di ruang dalam masjid kariah masing-masing pada pukul 8.15 pagi dan hebahan berkaitan perubahan lokasi perlu dimaklumkan oleh Jawatankuasa Kariah Masjid pada pukul 7.45 pagi.


Tuanku Syed Faizuddin yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bertitah sebagai langkah keselamatan, jemaah digalakkan memakai pelitup muka dan membawa sejadah sendiri.

Sementara itu mengenai penganjuran ibadah korban, baginda bertitah ia perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) keselamatan dan kesihatan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

"Pelaksanaan ibadah korban (penyembelihan haiwan korban) hanya boleh dilakukan di rumah sembelihan milik kerajaan atau swasta, masjid atau surau berdaftar dan premis persendirian yang mendapat kelulusan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Negeri Perlis," titah baginda.


Sumber: BERNAMA


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote domestobot 27-6-2023 02:12 PM
kali ni takde pulak adegan Zulhijjah mengejut eh
Quote kakikuDibibirmu 27-6-2023 02:17 PM
domestobot replied at 27-6-2023 02:12 PM
kali ni takde pulak adegan Zulhijjah mengejut eh

Yeayyy yeayyy besok raya

20230627_134557.jpg
Quote krustykrab 27-6-2023 02:19 PM
Panas la weh....dh elok² buat masjid/ surau ada ekon bagai..tiber nk suruh buat kt padang. Kalau kt negara sejuk tu logik la...kalau aku la tk join
Quote green~tea 27-6-2023 02:21 PM
krustykrab replied at 27-6-2023 02:19 PM
Panas la weh....dh elok² buat masjid/ surau ada ekon bagai..tiber nk suruh buat kt padang. Kalau kt ...


Cepat sikit bertanda dahi kesan sujud kat tanah kering menggelupas tuh

Perlis darul kemarau
Quote domestobot 27-6-2023 02:24 PM
buat kat tanah lapang, pastu pacak kanopi, pastu nanti tetiba binaan kekal pulak. masjid dah ada taknak pakai pulak
Quote matseh 27-6-2023 02:31 PM
Edited by matseh at 27-6-2023 03:53 PM

Tgk tempat la, dan keadaan. Di perlis ni pukul 8 dah panas terik. Tapi kalau pukul 8am sharp dah sembahyang. Khutbah 10-15 min. By 830am dah selesai. Aku rasa ok juga.
Tapi kalau pukul 830 pun blm sembahyang, nk tunggu org ramai. mmg terukla sapa2 yg mai awal.
Raya posa hari tu, ada berberapa masjid yg buat sembahyang di atas kaw lapang. Panas oo..dah la pakai baju melayu. berkilau2 peluh. Basah spender.
Quote krustykrab 27-6-2023 02:50 PM
green~tea replied at 27-6-2023 02:21 PM
Cepat sikit bertanda dahi kesan sujud kat tanah kering menggelupas tuh  

Perlis darul k ...

Hahaha...bukan dahi je...berkicap satu badan..

Kalau seluruh malaysia ni cuaca sejuk nyaman spjg masamcm ch, kundasang, gh tu tak pe la nk buat aktiviti apa pun kt luar..ni siang mlm panas bahang spjg tahun
Quote krustykrab 27-6-2023 02:55 PM
domestobot replied at 27-6-2023 02:24 PM
buat kat tanah lapang, pastu pacak kanopi, pastu nanti tetiba binaan kekal pulak. masjid dah ada tak ...

Apa guna tah buat masjid surau besar², lawa² tiber nk suruh org beribadat kt pdg, kt tgh jln, kt dataran merdeka bagai...
Padahal nk tgk masjid/surau penuh dgn jemaah pun payah.
Surau tmn iols nk tgh nk kumpul duit nk besarkn lg bilik imam..

Quote stingergrumpy 27-6-2023 03:00 PM
[youtube]yBIZG0QPLcM[/youtube]


Quote green~tea 27-6-2023 03:19 PM
domestobot replied at 27-6-2023 02:24 PM
buat kat tanah lapang, pastu pacak kanopi, pastu nanti tetiba binaan kekal pulak. masjid dah ada tak ...

Semayang dalam masejid je laa kalo kat perlis tu kannn... bukan ramai pun umat.. 8 orang je
Quote supernaturalee 27-6-2023 03:34 PM

lagu ni dlm album raya artis2 bmg back in 1994

oa jawaher, kump nasyid



Quote shamsadis 27-6-2023 03:47 PM
panas, berpeluh, bau kepam pasang kipas dan balai
Quote sayurmayur88 27-6-2023 03:47 PM
buat kat masjid ekon best...
Quote naj13 27-6-2023 04:04 PM
krustykrab replied at 27-6-2023 02:55 PM
Apa guna tah buat masjid surau besar², lawa² tiber nk suruh org beribadat kt pdg, kt tgh jln, kt ...


Sunnah kak.. waktu raya digalakkan beramai2 ke tempat terbuka w/pun wanita yg haidh, solat pun sunnah di kawasan terbuka & lapang.. cer rajin2 kan jari google hadith tu
Quote AbukRokok 27-6-2023 04:18 PM
Elok jimat xyah lepas ni buat masjid besar2 indah2 siap kipas dan aircond membazir.

Lpas ni buat padang siap taman bagus ada dwifungsi
Quote krustykrab 27-6-2023 04:19 PM
naj13 replied at 27-6-2023 04:04 PM
Sunnah kak.. waktu raya digalakkan beramai2 ke tempat terbuka w/pun wanita yg haidh, solat pun sun ...

Dik...surau masjid kita kat sini besar besar ye, cukup utk tampung wanita haidh ka tak haid ka, tiada keperluan pun nk buat kt tgh padang yg panas berbahang.
Islam pun tk aniaya umat nya sampai nk kna beribadat dlm keadaan yg tk selesa...
Rajin² la fahami hadis tu bukan baca mcm parrot je.
Quote sayurmayur88 27-6-2023 04:26 PM
Edited by sayurmayur88 at 28-6-2023 07:40 AM
krustykrab replied at 27-6-2023 04:19 PM
Dik...surau masjid kita kat sini besar besar ye, cukup utk tampung wanita haidh ka tak haid ka, ti ...

kaan kak..iolls setuju ngan uolls.

Quote naj13 27-6-2023 04:56 PM
Edited by naj13 at 27-6-2023 04:57 PM
krustykrab replied at 27-6-2023 04:19 PM
Dik...surau masjid kita kat sini besar besar ye, cukup utk tampung wanita haidh ka tak haid ka, ti ...


Manja sgt kah sampai langsung x boleh solat dlm keadaan tanpa aircond & kipas? Solat eidul adha hanya setahun sekali maka haruslah sunnah diraikan.. nak cakap panas, cuaca kat Madinah pun panas juga, bahkan lebih panas drp kita kat Malaysia ni.. nak kata Nabi x guna akal masa suh umat Islam beramai2 solat eid di tempat terbuka juga ker?
Quote hyie 27-6-2023 05:11 PM
choi lah korang gado2 rilekslah sis, benda ni tak wajib pon, digalakkan saja. So ikut sukati ngko lah nak solat tang mana pun. Why bother? Kalau negeri kau suruh solat kat tepi kubur, kau solat je lah ikut majoriti.

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-7-2024 05:36 AM GMT+8 , Processed in 0.067370 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top