CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Peniaga Wanita Dikompaun Sebab Pakai Seluar Pendek Paras Punggung Di Kelantan

27-6-2023 12:47 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1562| Komen: 35

Description: Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) semalam mengenakan kompaun terhadap peniaga wanita selepas didapati memakai seluar pendek paras punggung.Yang Dipertua MPKB-BRI, Rosnazli Ami ...
Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) semalam mengenakan kompaun terhadap peniaga wanita selepas didapati memakai seluar pendek paras punggung.

Yang Dipertua MPKB-BRI, Rosnazli Amin berkata, kompaun itu dikeluarkan oleh anggota penguat kuasa mengikut Seksyen 34(2)(b) Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (MPKB-BRI) 2019.



Seorang wanita bukan beragama Islam dikompaun oleh anggota penguat kuasa MPKB-BRI atas kesalahan memakai pakaian kurang sopan di Jalan Merbau, Kota Bharu semalam. FOTO IHSAN MPKB-BRI

Menurutnya, pemegang lesen perlu memastikan dirinya dan pekerja berpakaian sopan, bersih selain kemas sepanjang menjalankan aktiviti tred, perniagaan atau perindustrian.

“Seksyen itu juga menegaskan bahawa individu yang bukan beragama Islam perlu memastikan dirinya dan pekerja bukan Islam memakai pakaian sopan. Sekiranya pekerja beragama Islam, hendaklah memakai pakaian menutup aurat.


“Sehubungan itu, MPKB-BRI memberi perhatian serius terhadap hantaran pemegang akaun Facebook wanita terbabit dan komen-komen netizen pada hantaran tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Rosnazli, pihaknya kesal dengan kenyataan mengelirukan tidak berasas dan berterusan yang telah dibuat pemegang akaun Facebook tersebut.

Katanya, keadaan itu mengundang persepsi negatif masyarakat terhadap anggota penguat kuasa MPKB-BRI dan pihak berkuasa tempatan.

Terdahulu, seorang wanita memuat naik gambar notis kompaun di akaun Facebook miliknya apabila tidak berpuas hati selepas dikompaun anggota penguat kuasa MPKB-BRI atas kesalahan tidak memakai baju-T dan seluar pendek paras punggung.

Dalam hantaran itu, wanita terbabit turut memaklumkan bahawa dia menjalankan perniagaan melibatkan fesyen selain menyindir bahawa dia perlu memakai baju kurung semasa berniaga meskipun bukan beragama Islam. 


Sumber: KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perwira2022 27-6-2023 12:53 PM
Nak pakai camtu better jadi pelacur je.... Toksah jadi pekedai
Quote Perawankota 27-6-2023 12:56 PM
Pekedai kt KL pon tak pakai mcmtu..
Quote awanearisu 27-6-2023 12:58 PM
Hormatilah peraturan tempatan.
Quote makita 27-6-2023 01:02 PM
Perwira2022 replied at 27-6-2023 12:53 PM
Nak pakai camtu better jadi pelacur je.... Toksah jadi pekedai

Ni suar ngam2 baju je ni. Pakai kat umah sesuai la..kalau keluar mcm ni tak proper nak2 dari segi keselamatan. Kalau baju tu terselit kt getah sepender org nak bgtaw suh betulkan pon segan.

Mcm meols sekolah menengah dulu lepas skolah teman kwn pegi bank. Semua duduk hadap kaunter. Tapi2 ada nyonya ni pegi kaunter..skirt pendek dia tu terselit kat getah sepender. Semua pakat freeze sbb terkejut..lepas beberapa saat baru ada berdiri n tegur. Nak tanak dia tarik skirt terselit tu cepat2 depan kitorg gak. Maluuuu sampai kitorg tak berckp benda yg kitorg nampak kat bank.
Quote cikatilia 27-6-2023 01:07 PM
ni mcm pesen keluar tandas.. pakai baju dgn spendar aje
Quote bulalof 27-6-2023 01:10 PM
pemandangan biasa di lembah Klang.
Quote sayurmayur88 27-6-2023 01:14 PM
iolls tgk mmg seksi sgt kot.
Quote Perwira2022 27-6-2023 01:27 PM
makita replied at 27-6-2023 01:02 PM
Ni suar ngam2 baju je ni. Pakai kat umah sesuai la..kalau keluar mcm ni tak proper nak2 dari segi  ...

Adab dan etika kat tempat awam dengan kat ruang peribadi sendiri adalah berbeza.

Kat dalam rumah sendiri, takde orang lain, lantaklah kalau nak berbogel sekali pun... Kalau tak malu kat semut & cicak...

Tapi bila berada di tempat awam, kena la respek nilai2 budaya & tatasusila masyarakat tempatan. Lagi2 dah tau meniaga kat Kelantan, negeri yg diketahui kuat budaya berteraskan Islam.

Negeri omputeh sekali pun, dorang ada je dress code mengikut kesesuaian tempat. Nak masuk sesetengah restoran, takleh pakai selipar, contohnya. Tu peraturan tempat tu, kena la ikut. Tak mau ikut, toksah pergi or tinggal di situ.

Masalah Cina2 lahanat macam ni buat2 tak tahu, buat2 tak paham sensitivity masyarakat setempat. Saja je nak cabar pihak berkuasa tempatan. Kot2 boleh jadi isu politaik.

Quote Tinot7 27-6-2023 01:31 PM
Ni kes pakai tshirt tapi sluar pendek sgt sampai berupa tak pakai sluar..

Nak wat cenggini, pi la telen nun.. dekat jahh..
Quote ulamalu 27-6-2023 01:38 PM
Kalau pergi hospital sakit mata tengok amoi2 yg pakai pendek mcm ni htr parents appt hospital.  Security x sound pulak.  Ingat pergi tepi pantai ke.
Quote Chah21 27-6-2023 01:48 PM
makita replied at 27-6-2023 01:02 PM
Ni suar ngam2 baju je ni. Pakai kat umah sesuai la..kalau keluar mcm ni tak proper nak2 dari segi  ...

Nk tergelak part terselit tu.. makita ni ke situ pon leh pergi imaginasi
Quote green~tea 27-6-2023 01:49 PM
Muahhahahaahahahahaa

Oyo_miow ke


@noor2
Quote Orix 27-6-2023 02:15 PM
kalo cmni iols setuju jah disaman....
Quote noor2 27-6-2023 02:29 PM
green~tea replied at 27-6-2023 01:49 PM
Muahhahahaahahahahaa

Oyo_miow ke   

Oyo miow tu bukan ke jantan.....
Quote talapia 27-6-2023 02:32 PM
Saje nak create issue kan?
Kalau tengok dressing dia.. ya ampun.. umpama pakai t shirt pendek dengan spender aje..
Kau tu pulak berniaga.. kenala koman2 pakai la paras atas sikit lutut pon okla lagi.. Ni mcam nak menyundal. Pastu play victim. Main isu agama.

Penguatkuasa tu saman sebab peraturan dah mcm gitu.. peraturan negeri kelantan bab2 pemakaian ni mmg ketat. Bukan baru duduk kelantan kot
Quote green~tea 27-6-2023 02:44 PM
noor2 replied at 27-6-2023 02:29 PM
Oyo miow tu bukan ke jantan.....


Tp dia kata suka pakai sluar pendek yakmat menyerlahkan keputihan dia

Quote noor2 27-6-2023 02:51 PM
green~tea replied at 27-6-2023 02:44 PM
Tp dia kata suka pakai sluar pendek yakmat menyerlahkan keputihan dia

Maksudnya green?...hehe kak blur bab ni..oyomiow pernah sebut mcm ni ke?
Quote prettyuglybabe 27-6-2023 03:06 PM
itu pakai sepender ke seluar..
tak geli ke cikpet pakai seluar terselit gitu..
mesti hancing..
Quote green~tea 27-6-2023 03:18 PM
noor2 replied at 27-6-2023 02:51 PM
Maksudnya green?...hehe kak blur bab ni..oyomiow pernah sebut mcm ni ke?

Ha ah.....  dia kata suka pakai seluar pendek nampak pehe heols yang putih

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-7-2024 08:58 AM GMT+8 , Processed in 0.053393 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top