CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Video Tular: Pemandu Volvo Langgar Lari Motosikal Di Lebuh Raya Sprint

27-6-2023 11:39 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 864| Komen: 8

PETALING JAYA – Pemandu kereta Volvo yang tular melanggar lari motosikal di Lebuh Raya Sistem Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (Sprint) menghala ke Tol Damansara, sudah dirakam keterangannya

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya terkesan video tular kemalangan membabitkan dua kenderaan tersebut dimuat naik di Facebook.



Katanya, rakaman tersebut memaparkan satu kemalangan jalan raya membabitkan sebuah motosikal dan sebuah kereta jenis Volvo.

“Hasil siasatan mendapati kemalangan tersebut berlaku sekitar pukul 7.10 petang.

“Pihak kami telah menerima laporan polis daripada pemandu Volvo berusia 51 tahun berhubung kejadian itu, hari ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Fakhruddin, rakaman keterangan daripada lelaki tempatan tersebut sudah diambil sekitar pukul 12.03 tengah hari tadi manakala penunggang motosikal masih dikesan.



“Penunggang motosikal yang terlibat diminta tampil membuat laporan polis segera untuk membantu siasatan.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Bagi saksi melihat kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat trafik, Inspektor Navalan Ravindran di talian 014-2536820 bagi membantu siasatan,” ujarnya.

Semalam, tular di media sosial sebuah kenderaan jenis Volvo melanggar penunggang motosikal di Lebuh Raya Sprint menghala ke tol Damansara.

Video berdurasi 42 minit itu memaparkan, pemandu kereta yang melanggar motosikal daripada belakang bertindak meneruskan perjalanan dan tidak memberhentikan kenderaannya.

Dalam video berkenaan juga, turut kelihatan mangsa yang terjatuh lalu terbaring tidak bergerak selepas perlanggaran itu.-CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote orkid_amani 27-6-2023 12:15 PM
Dah langgaq tu berenti jaa la.
Jahat punya org..ni kalau xdak yg viral confirm buat senyap ja..
Quote otai_g 27-6-2023 12:32 PM
X tgk video full tp nowday org bw motor rs diri mcm bw Lori. Ko ride dkt tgh2 jalan mcm x takut mati. Blm cerita gang superbike ride dkt karak lg.
Quote pisanggoreng 27-6-2023 12:32 PM
Video berdurasi 42 minit itu memaparkan, pemandu kereta yang melanggar motosikal daripada belakang bertindak meneruskan perjalanan dan tidak memberhentikan kenderaannya.


jenuh laaaa
Quote _kelly 27-6-2023 01:05 PM
otai_g replied at 27-6-2023 12:32 PM
X tgk video full tp nowday org bw motor rs diri mcm bw Lori. Ko ride dkt tgh2 jalan mcm x takut mati ...

ni betul..semalam balik kerja belakang aku ada kereta bagi signal nak tukar lane..dari jauh dengar bunyi motor duk hon kereta tu padahal motor tu jauh lagi..motor tu takde break ke jenis takleh slow langsung..duk rasa semua kereta ken bukak jalan kat diorang, feeling entilte sungguh padahal kapcai je pun
Quote Jitu 27-6-2023 01:06 PM
kesian la
tu la naik motor ni risiko agak tinggi banding naik kereta

Quote bulalof 27-6-2023 01:14 PM
ramai yg takde common sense masa memandu dan menunggang.
Quote vanillaninja 27-6-2023 02:05 PM
Dah kena cekup ke belum?
Quote johan-adx 27-6-2023 02:11 PM
kete tu slh sbb langgar moto tu melulu..
moto tu plak slh sbb dok lorong tengah

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-10-2024 12:32 PM GMT+8 , Processed in 0.073522 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top