Mahkamah Khamis lalu mengarahkan seorang wanita dipenjara 31 bulan selepas mengaku bersalah atas empat pertuduhan menipu berhubung jual beli kad Pokemon. South China Morning Post (SCMP) melaporkan, dua pembeli menjadi mangsa tertuduh, Koh Jia Wen, 26, apabila kedua-duanya tidak mendapat kad yang mereka pesan.
Selepas diberitahu tertuduh akan menerima diskaun bagi setiap kes kad Pokemon daripada pembelian pukalnya di Carousell, seorang pembeli membayar hampir 80,000 dolar Singapura (kira-kira RM277,296) sebagai deposit. Pembeli lain menggabungkan pesanan daripada ahli kumpulan Facebook (FB) Pokemon TCG dan membayar jumlah deposit sebanyak 20,840 dolar Singapura (kira-kira RM72,236). Antara 2021 dan 2022, Koh menggunakan Carousell untuk mempromosikan penjualan kad Pokemon, yang biasanya dijual dalam bekas, di mana setiap bekas memuatkan enam kotak yang setiap satu mengandungi 36 kad.
Apabila pembeli berminat menghubunginya, dia akan memberitahu mereka bahawa kad itu perlu ditempah awal dan meminta mereka membayar deposit 50 peratus. Koh akan meminta mereka memasukkan wang itu ke dalam pelbagai akaun bank, tidak satu pun miliknya kerana dia disenarai hitam daripada membuka akaun bank baharu. Siasatan mendedahkan Koh tidak dibenarkan membuka sebarang akaun bank baharu dengan United Overseas Bank (UOB), OCBC dan DBS tanpa kebenaran lanjut, kata Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Sean Teh. Bagaimanapun, tiada butiran lanjut mengapa ia berlaku. Akaun bank yang digunakan Koh untuk transaksi itu adalah milik rakan dan kenalan yang akan mengeluarkan wang dipindahkan selepas transaksi dan menyerahkannya kepadanya. Pembeli membuat laporan polis apabila tidak menerima kad Pokemon yang mereka pesan. Sumber: Harian Metro
|
najib888 replied at 27-6-2023 11:24 AM
tak faham aku dengan pengumpul2 kad ni.. pokemon la.. baseball la..basketball la..
apa konsep kad2 n ...
PULANGKAN replied at 27-6-2023 01:27 PM
same case seperti peminat kereta vintagekereta pulak dah lama hentikan pengeluaran
dan ada diantar ...
Tinot7 replied at 27-6-2023 01:42 PM
Apa nikmat yg dikecapi bila ada kad pokemon umo 30tahun tapi rupa mcm baru kluaq kilang? Nak belek ...
PULANGKAN replied at 27-6-2023 01:50 PM
entah la sis.bagi peminat, dan juga pengumpul barang rare, benda tu berharga la kut
fanbase yang ...
Tinot7 replied at 27-6-2023 04:00 PM
Iols tak main kad2 ni.. sbb dolu2 beli jajan ka tikam2 dpt kad.. ayah tak bg..
PULANGKAN replied at 27-6-2023 05:27 PM
kad pokemon ni takyah main tikam. memang jual kat kedai runcit ja dulu. sekotak dalam RM1 gitu :l ...
Tinot7 replied at 27-6-2023 05:43 PM
Sbb tu iols tak beli.. rm1 ni voley beli 5 pinggan mi goreng kat kantin skolah dolu2.. baik iols m ...
PULANGKAN replied at 27-6-2023 05:46 PM
eh betul kaka. murahnya makanan waktu dulu
dulu Iols bawak 50 sen ja, kenyang waktu rehat. nasi le ...
ADVERTISEMENT