Lebih 30 minit diambil Angkatan Pertahanan Awan Malaysia (APM) Perak untuk menjinakkan seekor kuda yang berkeliaran di Halaman Meru Permai, Meru Raya, di sini pada Isnin. Difahamkan, kuda jantan terbabit terlepas dari kandangnya di Chepor Dalam yang terletak kira-kira lima kilometer dari lokasi kejadian.
Pegawai Pertahanan Awan Daerah Kinta, Norazlan Turiman berkata, seramai empat anggota digerakkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan sekitar jam 7. 24 pagi. "Setiba di lokasi, kuda berkenaan telah memasuki halaman salah sebuah rumah penduduk. "Seorang anggota yang mempunyai pengalaman mengawal kuda berjaya memujuk secara manual dengan mengikat tali pada haiwan terbabit," katanya di sini.
Menurut beliau, kuda terbabit berjaya diserahkan semula kepada pemiliknya. SUmber: Sinar Harian
|
ADVERTISEMENT