Atiq Azman baru-baru ini buat ramai terbeliak mata selepas memuat naik beberapa foto mendedahkan tubuh badannya. Atiq dilihat memakai kemeja berwarna biru duduk di tepi pantai.
Apa yang menjadi perhatian adalah dia mendedahkan bahagian depan tubuhnya yang sasa sehingga menampakkan pusat. Difahamkan foto tersebut dirakam ketika dia pergi bercuti di sebuah pusat peranginan terkemuka, Pulau Perhentian, Terengganu.
Di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kurang senang selepas melihat gambar tersebut. Menurut netizen, mereka tidak menyangka pelakon drama Nur itu bertindak memuat naik foto sedemikian memandangkan sebelum ini dia seorang yang sangat tegas mengenai penjagaan aurat.
Dalam pada itu, ada juga segelintir yang memuji ketampanan wajah Atiq dan menyifatkan dia sebagai lelaki yang ‘macho’. Untuk info, ini bukan pertama kali Atiq menerima keceman netizen apabila sebelum ini dia pernah berdepan situasi sama selepas berkongsi foto tubuh badannya ketika berada di pusat gymnasium. -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|