Gelagat dua beradik Emma Maembong dan Chacha Maembong semakin meraih perhatian ramai selepas kerap membuat Live bersama. Baru-baru ini semasa Live, seorang peminat telah melamar Emma untuk mengahwininya di ruangan komen.
Terkejut dengan pelawaan itu, Emma terus pura-pura pengsan dan menyatakan dia sudah berkahwin. “Emma, nak kahwin dengan awak boleh? Dah kahwin tu tapi saya kan macam anak dara,” katanya. Menurut Emma, ramai yang menyangka bahawa Chacha adalah kakak kepadanya kerana wajahnya yang kelihatan lembut dan tidak garang. Geram dengan usikkan kakaknya itu, Chacha tampil memberikan respons yang mencuit hati.
“Bengang pulak kita dengar. Saya tak nak cakap dengan awak semua. Apa masalah awak semua ni? Seronok mengusik adiknya, Emma bagaimana pun tetap memuji kebaikan Chacha. “Chacha muka je garang, tapi dia lembut,” jelasnya. -CARI Sumber: XTRA
|
ADVERTISEMENT