Bekas penyampai radio Linda Onn sekali lagi berdepan masalah pelanggan restoran miliknya yang tidak membayar makanan yang sudah dimakan. Menerusi perkongsian di TikTok, Linda bagaimanapun berkata dia menghalalkan saja sekiranya pelanggan tersebut terlupa namun sebaliknya jika disengajakan.
“Sekali lagi... andai benar terlupa, dihalalkan. Andai disengajakan, sebaliknyalah,” kata Linda. Linda turut meletakkan video mempelihatkan pelanggan itu bersama keluarganya berlalu keluar dari restauran miliknya tanpa membayar makanan berjumlah RM50.46. Berterima kasih kerana sudi menjamu selera di restauran miliknya, Linda turut memberitahu pelanggan yang lupa bayar itu duduk fi meja F1.
“Kepada famili yang duduk di meja F1, restoran @mymomschickenrice, cawangan MYTOWN, KL... errr, awak lupa bayar tadi. Apa pun, terima kasih sudi menjamu selera,” ujarnya. Rata-rata netizen memberi tips kepada Linda untuk mengubah sistem bayaran selain berharap pekerjanya lebih peka dengan situasi ketika pelanggan sudah habis makan. Terdapat segelintir netizen berkongsi pengalaman mereka pernah juga berdepan situasi terlupa nak bayar kerana dalam keadaan kelam kabut. Sumber: Gempak
|
ujio replied at 27-6-2023 09:44 AM
Mcmna printing advert tu, tiba² apa yg actress rice...?
mamichik replied at 27-6-2023 10:42 AM
ramai lah macam ni.. pakcik iolls tokey kedai makan selalu kena.. bukan sorang..ramai.. ada yg ramah ...
ADVERTISEMENT