Sudah jatuh ditimpa tangga. Wanita yang dipukul teman lelakinya terbabit kemalangan ketika dalam perjalanan membuat laporan polis. Portal Thaiger melaporkan kemalangan berhampiran kedai serbaneka dekat pintu keluar Balai Polis Wilayah Ranong, 8.45 malam semalam, lapor jurucakap polis Ranong.
Insiden Itu membabitkan Toyota Yaris yang dipandu wanita pertengahan umur. Kereta itu terbalik, namun wanita itu dapat merangkak keluar dari kereta dan ditemukan duduk di sebelah kenderaannya. Wanita itu mendakwa dalam perjalanan untuk untuk memfailkan aduan terhadap teman lelakinya kerana menyerangnya secara fizikal. Dakwa wanita itu, teman lelaki memukulnya di mulut. Polis memintanya untuk bertenang, mendapatkan bantuan perubatan dahulu, dan memfailkan aduan kemudian. Tidak lama selepas itu, ambulans dari Hospital Ranong tiba untuk memberikan pertolongan cemas dan membawanya ke hospital.
Ketika bantuan perubatan tiba, wanita itu mengaku bahawa dia minum arak. Difahamkan, wanita itu mendakwa teman lelaki menyerangnya selepas pulang menghadiri acara keagamaan gus mendorongnya memandu dengan melulu untuk membuat laporan polis. Kes itu kini dalam siasatan pihak berkuasa. Sumber: HArian Metro
|
ADVERTISEMENT