Perintah tahan kerja terhadap pegawai polis yang tular, Inspektor Percubaan S Sheila Sharon sudah dikenakan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM). Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standards (JIPS) Bukit Aman, Datuk Sri Azri Ahmad berkata, perintah yang diambil mengikut Seksyen 78 Akta Polis 1967 itu sudah disempurnakan terhadap pegawai berkenaan.
"Sehubungan itu, segala kuasa, hak dan keistimewaan subjek sebagai seorang pegawai polis adalah tergantung sehingga diputuskan oleh Pihak Berkuasa Tatatertib (PBT)," katanya dalam kenyataan hari ini. Beliau berkata, tindakan itu diambil selepas S Sheila Sharon dihadap ke Mahkamah Majistret, dengan tiga pertuduhan jenayah iaitu dua mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan satu mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan, hari ini. Terdahulu, pegawai polis wanita yang tular dikenali sebagai 'Inspektor Sheila' didakwa di dua Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tiga pertuduhan mengugut dan mengaibkan kehormatan seorang anggota polis berpangkat lans koperal dan dua orang awam.
Bagaimanapun, tertuduh, S Sheila Sharon, 35, mengaku tidak bersalah atas ketiga-tiga pertuduhan itu yang dibacakan di hadapan Majistret Nur Hafizah Rajuni dan Chai Guan Hock. Sumber: Harian Metro
|
pekanwoohoo replied at 27-6-2023 09:21 AM
35 baru inspektor percubaan? Lambat betul masuk polis
pekanwoohoo replied at 27-6-2023 09:21 AM
35 baru inspektor percubaan? Lambat betul masuk polis
KamikuP replied at 27-6-2023 11:38 AM
Bongkak sungguh muka aci ni.. tu belum jadi IGP dah membongak tak ingat dunia
midori888 replied at 27-6-2023 09:56 AM
owh baru inspector percubaan, kira inspector in training lah yer...baru trainee dah kemain ego yer
...
prettyuglybabe replied at 27-6-2023 09:54 AM
bukan dah 7 tahun ke masih inspektor percubaan?
sharlenetexas replied at 27-6-2023 03:36 PM
Ke sheols start dari konstabel?
krustykrab replied at 27-6-2023 09:55 AM
Kalau sakit jiwa mcm ni tk sesuai dh nk simpan. Terminate je.
ADVERTISEMENT