CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mayat Warga Emas Ditemukan Dalam Rumah Berkunci

26-6-2023 10:05 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 345| Komen: 0

Ipoh: Bau busuk dari sebuah rumah di Taman Pinji dekat sini, membongkar penemuan mayat seorang warga emas yang tinggal berseorangan, apabila ditemukan maut di rumah tersebut oleh pasukan bomba petang tadi.


Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sayani Saidon berkata jiran yang menghidu bau busuk dari rumah berkenaan, telah membuat aduan kepada pihak polis kerana mengesyaki sesuatu yang buruk menimpa warga emas berusia 70-an itu.


"Berdasarkan maklumat dari polis, seorang lelaki didapati terkunci dalam rumah berkenaan dan anggota memecahkan pintu dengan menggunakan peralatan khas.

"Terdapat seorang mangsa yang tidak sedarkan diri dan telahpun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan hospital, yang tiba ke lokasi," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sayani berkata, mangsa dianggarkan telah meninggal dunia tiga hingga empat hari yang lalu dan mayat mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis, untuk tindakan selanjutnya.


Terdahulu, JBPM Perak terpaksa memecahkan pintu sebuah rumah, setelah menerima aduan mengenai seorang warga emas terkunci di dalam sebuah rumah di Taman Pinji Mewah di sini.

Warga emas berusia 80-an itu bagaimanapun ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri, sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.


Sumber: Bernama




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-3-2025 10:48 PM GMT+8 , Processed in 0.152752 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top