Kuala Lumpur: Kerajaan kini secara berperingkat memansuhkan sistem subsidi menyeluruh ke arah sistem subsidi bersasar, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli. Beliau berkata, peralihan fasa ke fasa ke arah sistem subsidi yang disasar memerlukan pembiayaan dan dasar fiskal yang betul.
"Subsidi menyeluruh sudah menjadi ciri dalam ekonomi Malaysia selama beberapa dekad. Bukan perkara mudah untuk cuba perlahan-lahan membawa semua orang untuk menghapuskan sistem subsidi menyeluruh tetapi kerajaan telah melakukannya. "Saya berasa amat lega kerana kita mengambil langkah itu dan teguh bertahan dalam tempoh enam bulan lalu.
"Bagi subsidi elektrik ia sudahpun dilakukan dan seterusnya kita akan beralih kepada subsidi diesel dan petrol. Ia juga merupakan satu cabaran untuk mencapai keseimbangan antara pembiayaan dan keupayaan," katanya. Rafizi berkata demikian pada sesi peringkat menteri mengenai "Policies and Pathways for Sustainable Asia" di persidangan Energy Asia 2023 yang berlangsung di sini, hari ini. Sumber: Bernama |
Orix replied at 26-6-2023 04:56 PM
standby je lah uols lepasni subsidi petrol pulakk kena tarik
rasa2 apa jadi lepasni ?
ina_na replied at 26-6-2023 05:02 PM
D kemungkinan boleh terjadi..sbb tgk kat FB ramai mengamuk rahmah X dpt dah..ramai lg duit X msk b ...
Orix replied at 26-6-2023 05:01 PM
cuma terfikir, guane dia nak buat subsidi bersasar utk petrol tu.
A. bagi kupon kah tiap kali nak ...
Orix replied at 26-6-2023 05:10 PM
kalau hapuskan subsidi secara total siap sedia lah rakyat mengamuk. harga barang pun akan naik sec ...
Orix replied at 26-6-2023 04:56 PM
standby je lah uols lepasni subsidi petrol pulakk kena tarik
rasa2 apa jadi lepasni ?
seri_mawr replied at 26-6-2023 05:51 PM
mana penyokong setia...seronok ke gini..?
bertabah la rakyat malaysia sekalian...
ADVERTISEMENT