Nama pengacara Ain Edruce menjadi sebutan netizen gara-gara menjerit untuk meminta Janna Nick dan Dini Schatzmann bercium sewaktu majlis resepsi pasangan itu di Pulau Langkawi baru-baru ini.
Dikritik dan dikecam di alam maya, Ain tampil mengakui kesilapannya itu dan memohon maaf atas sikapnya kerana didakwa berkelakuan kurang sopan serta 'over' sewaktu berada di majlis pernikahan berkenaan. Pemilik nama sebenar, Nurulain Edruce, 32, menjelaskan dia sebenarnya meminta Dini untuk mencium dahi Janna dan bukannya ciuman seperti pengantin barat yang disangkakan oleh netizen. “Sebenarnya majlis tu dihadiri oleh beberapa rakan terdekat saja dan tertutup, bila nikah pasti ada upacara batal air wuduk, jadi saya minta cium dahi. “Ain tak saksikan upacara nikah dan bila jerit minta untuk cium tu hanyalah cium dahi, mungkin ada segelintir netizen ni bila dengar cium saja akan berfikiran lain kan?
“Kadang-kadang geram juga bila orang bercakap mengenai perkara ni tanpa tahu cerita sebenar, tapi Ain nak minta maaf kalau buat orang kurang senang dan kalau tak suka perangai Ain jangan jemput datang ke majlis kahwin nanti okay,” katanya. Sumber: mStar |
ADVERTISEMENT