Walaupun pelawak, Shuib selamat bernikah buat kali kedua dengan Watie pada Jumaat lalu dan kini sedang berbulan madu di Langkawi, namun masih ada segelintir warga maya yang terus memperkatakan mengenai hal tersebut.
Hampir dua tahun pemergian arwah Siti Sarah, ada antara warga maya yang berpendapat Shuib tidak setia kepada penyanyi itu kerana begitu cepat menemui pengganti. Tampil mempertahankan adik iparnya, abang kepada arwah Siti Sarah iaitu Ahmad Firdous Raissuddin menganggap komen netizen di media sosial itu mengarut dan melampau. Dia turut meminta netizen mendalami ilmu agama terlebih dahulu sebelum menulis komen berkenaan. "Saya rasa mereka (netizen) dah makin merapu. Lain kali kalau tidak tahu hukum agama kita rujuk dahulu baru tulis," katanya. Firdous berkongsi perkara itu menerusi TikTok miliknya yang turut memaparkan beberapa komen netizen meluahkan rasa kecewa dengan perkahwinan Shuib.
Menerusi komen tersebut, netizen berpendapat Shuib menduakan arwah Siti Sarah yang diketahui begitu menyayangi dirinya. Netizen juga mendakwa Shuib tidak akan bertemu arwah di akhirat kelak kerana sudah memiliki isteri baharu. Dalam pada itu, Firdous turut menyertakan klip ceramah pendakwah bebas Ustaz Azhar Idrus berhubung perkahwinan suami selepas kematian isterinya. "Kalau isteri mati dulu memang akan jadi isteri kita. Kita kahwin ramai mana pun tidak kiralah sampai empat sekali pun... kalau mereka (suami) mati dan tak kahwin lain selepas kita maka mereka akan menjadi isteri kita di dalam syurga," kongsinya. Pada Jumaat lalu, Watie dan Shuib atau Shahmira Muhamad, 39, sah bergelar suami isteri pada majlis yang berlangsung di Putra Glass Hall, Shah Alam. Pasangan ini kemudian terbang ke Pulau Langkawi berdua sebagai destinasi berbulan madu dan akan menyambung percutian bersama anak-anak di Turkiye pula. Shuib memilik empat orang cahaya mata hasil perkahwinan bersama Allahyarham Siti Sarah Raisuddin iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, 2 tahun Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19. Sumber: mStar
|
Afie13 replied at 26-6-2023 05:41 PM
Org lelaki normal lah tu lepas bini meninggal terus cari calon bini. Yg terdekat dgn i semuanya seti ...
OsHiN_hOnEy replied at 26-6-2023 03:40 PM
dia ni ker yg separuh mati sebab anti vaksers tu?
masa sakit bkn netijen jugak ker yg doakan dia sek ...
Suchi replied at 27-6-2023 08:08 AM
Netizen ni aneh2 susah nk move on dan suka aturkan hidup org lain.
Kalau agama pun tak menghalang ...
laksmanabentan replied at 27-6-2023 09:19 AM
baru aku nak tanya benda yang sama....
masih sihat ya.... Alhamdulillah la...
skrg percaya pada va ...
ADVERTISEMENT