Selayang: "Saya tidak pernah digantung kerja. Sebab itu saya terkejut, kenapa Menteri Dalam Negeri mengeluarkan kenyataan sedangkan sehingga hari ini, saya tidak menerima sebarang surat penggantungan," katanya ketika ditemui media selepas prosiding di Mahkamah Majistret, di sini.
Wanita itu yang nama penuhnya, S Sheila Sharon, 35, didakwa di hadapan Majistret Chai Guan Hock dan Majistret Nur Hafizah Rajuni secara berasingan hari ini. Pegawai polis yang dikenali sebagai Inspektor Sheila itu mendakwa setakat hari ini dia tidak pernah menerima sebarang surat penggantungan daripada pasukan keselamatan itu. Katanya, kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pada 22 Jun lalu mendakwa dia digantung tugas memang mengejutkannya.
Beliau ditemani peguamnya M Manoharan turut mengesahkan mereka tidak akan menghantar sebarang representasi kepada Jabatan Peguam Negara untuk menyemak kembali pertuduhannya. "Kami mahu keadilan. Saya tidak akan bertolak ansur dengan ini (tuduhan). "Saya tidak akan menghantar representasi, dan kami akan berjuang sehingga akhir," katanya Hari ini, Sheila yang juga pegawai penyiasat di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman tiga pertuduhan mengugut dan mengaibkan kehormatan seorang anggota polis berpangkat lans koperal dan dua orang awam. Sumber: Harian Metro
|
ADVERTISEMENT