Dua ekor lembu yang dipercayai untuk dikorbankan sempena Aidiladha dilihat terlepas di sebuah persimpangan lampu isyarat berhampiran Taman Maluri, Cheras, Kuala Lumpur . Kejadian tersebut turut dimuat naik di halaman Facebook, DAily TRaffic REport pada hari yang sama.
Menerusi video berdurasi 20 saat itu, kelihatan seorang pengguna jalan berkenaan cuba membantu menangkap lembu-lembu terbabit namun gagal. Kehadiran dua ekor lembu itu juga menyebabkan beberapa pengguna jalan raya lain menjadi panik sekali gus menyebabkan kesesakan lalu lintas di kawasan tersebut. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya mengaitkan lembu itu mahu menyelamatkan diri daripada menjadi korban sempena Hari Raya Haji.
|
Burong_Hantuk replied at 26-6-2023 02:49 PM
segar bugar lembu tu...
ADVERTISEMENT