CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

15 Tahun Tunggu Akhirnya Dapat Anak, Orang Ingat Cucu Sebab Janggut Dah Beruban

26-6-2023 01:56 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2065| Komen: 28

Ipoh: Selepas menanti selama 15 tahun, tanggal 2 Mei lalu menjadi detik terindah dalam hidup Mohd Saiful Azmi Shamsudin Khan apabila menerima cahaya mata pertama di usia 43 tahun.

Kehadiran Putri Edreehana Masyael yang kini berusia dua bulan disifatkan hadiah teristimewa dalam hidup pemandu lori itu hasil perkahwinan keduanya selama tiga tahun bersama isteri, Mastura Pin, 46.


Video Mohd Saiful Azmi yang sebak saat pertama kali melihat dan mendukung anak sulungnya itu meraih perhatian serta meruntun hati netizen selepas dikongsi Mastura di TikToknya.

Foto: Harian Metro

Berkongsi kisah itu, Mohd Saiful Azmi berkata, dia tidak menyangka diberikan rezeki terindah itu ketika usianya mencapai 43 tahun, sementara isteri berusia 46 tahun.

Menurutnya, seperti lelaki lain dia juga mengimpikan zuriat daripada keturunannya, namun reda apabila rezeki itu tidak diberikan sebelum ini.


"Perkahwinan pertama selama 12 tahun berakhir kerana sudah tiada jodoh dan takdir menentukan saya tiada zuriat daripada ikatan itu sebelum bertemu jodoh dengan Mastura, ibu tunggal lima anak tiga tahun lalu.

"Ketika itu saya tidak fikirkan sangat soal anak kerana usia kami tidak muda lagi, malah sangat bersyukur dapat menumpang kasih anak tiri yang dianggap seperti anak sendiri," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, saat diberitahu isteri mengenai berita kehamilan itu, dia seolah-olah tidak percaya namun mengakui ia adalah hari terindah dalam hidupnya.

"Ini perkara teristimewa dalam hidup saya dan saat pertama kali melihat dan mendukung anak perasaan itu bercampur baur ada sebak, sedih, terharu dan gembira.

"Tak sangka selepas melalui pelbagai dugaan hidup Allah SWT hadirkan 'puteri' untuk saya. Apa yang Allah berikan ini mengingatkan saya kesabaran itu berakhir dengan sesuatu yang manis dan setiap perancangan ada hikmah-Nya," katanya yang tinggal di Taman Pinji Mewah, di sini.

Menurut Mohd Saiful Azmi, kehadiran Putri Edreehana Masyael memberinya semangat untuk terus kuat mencari rezeki buat keluarga mereka, malah mengakui 'sindrom' bapa yang baru menimang cahaya mata juga sedang dilaluinya.

"Saya rindu bau 'baby', setiap hari perlu buat panggilan video dan saya akan cuba balik rumah juga untuk melihat anak kerana sebagai pemandu lori kontena dari Ipoh ke Klang saya selalu menghabiskan masa di jalan," katanya.

Berhubung videonya, Mohd Saiful Azmi berkata, pada mulanya dia agak malu kerana ia mendapat perhatian ramai, namun dia terharu selepas membaca semua komen positif yang turut gembira dan mendoakan mereka sekeluarga.

"Lucu juga apabila di usia begini ada anak kecil, malah ketika keluar ada yang tanya 'baby' anak atau cucu kerana janggut saya sudah beruban tetapi saya dengan senang hati beritahu itu anak," katanya.

Sementara itu, Mastura berkata, hatinya tersentuh melihat reaksi suami yang melihat anak mereka di hospital, namun mengakui video itu dikongsi di TikTok hanya untuk menyimpan memori keluarga kerana bimbang video akan hilang di telefon.

Katanya, sepanjang tiga tahun melayari perkahwinan bersama, suaminya itu melayani lima anak serta empat cucunya dengan baik seperti keluarga kandung.

"Riak kegembiraan dan sebak memang jelas terpancar di wajah suami dan saya tahu dia sangat teruja kerana memegang zuriatnya sendiri.

"Sebenarnya saya takut juga hamil di usia 46 tahun tetapi saya tahu ini rezeki untuk kami terutama suami.

"Alhamdulillah proses melahirkan puteri kami berjalan lancar dan ini hadiah saya untuk suami," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Burong_Hantuk 26-6-2023 03:16 PM
tapi aku rasa lelaki tu jns cepat beruban...umur baru 43 tahun kot
Quote nurul_akmar 26-6-2023 03:22 PM
tp umur dia baru 43.. tp raut wajah nampak berusia..
Quote bintangct 26-6-2023 04:40 PM
abg aku umur 50 tahun sedang menunggu bby bulan ogos ni takde plak org ckp cucu hahaha
Quote matjerk 26-6-2023 04:42 PM
43... tp nmpk mcm 73... boleh lagi tu nmpk muda... g kedai beli dye hitam.... nanti anak darjah 1... umo 50.  X laa nampak mcm 80
Quote otai_g 26-6-2023 04:55 PM
Alah dato k pun dpt anak umur2 gini jgk kan. Apa yg peliknya
Quote Cyempaka 26-6-2023 05:05 PM
43 je kot..drama ngat aih
Quote nolya 26-6-2023 05:16 PM
Nasib baik netizen yg suka mengomen tak hidup di zmn Nabi Zakaria yg juga dpt anak di umur yg sangat tua. Bukan lagi pangkat cucu-cicit tapi oneng2 ketika nabi Zakaria dpt nabi Yahaya iaiu ketika nabi Zakaria berumur 90thn.
Quote pocongkiutss 26-6-2023 05:21 PM
43 utk lelaki dpt anak tu takde la menghairankan sgt..utk wife dia yg 46 tahun tu jelah yg agak risky kan.. Alhamdulillah selamat melahirkan juga
Quote pekanwoohoo 26-6-2023 05:25 PM
Aku pulak menitik air mata bila wartawan tulis pekerjaan abang tu sebagai pemandu lori dan bukannya pilot darat
Quote Tinot7 26-6-2023 05:45 PM
Alhamdulillah..
Quote sufi^_^ 26-6-2023 05:49 PM
pekanwoohoo replied at 26-6-2023 09:25 AM
Aku pulak menitik air mata bila wartawan tulis pekerjaan abang tu sebagai pemandu lori dan bukannya  ...

Bersyukur sangat2, kan? hahahahah.
Quote sufi^_^ 26-6-2023 05:52 PM
43 tak delah tua, ramai je orang masih dapat baby umo 40-an.
Ingatkan umo dia umo pencen.

Btw uban tu bukan masalah, sebenarnya ada daya tarikan tersendiri orang2 yang rambut + janggut salt & pepper ni. Yang masalahnya, berat badan tu kena turunkan, bila nampak jawline, barulah hensem dengan rambut/janggut salt & pepper.
Quote TomyamPuteh 26-6-2023 07:31 PM
Baru 43.Kawan lelaki aku baru dpt ank thn lps. Diusia 48 thn. Dia sndiri pun tak percaya. Rezeki tak penah salah alamat
Quote Suchi 26-6-2023 08:12 PM
43 thn tu bkn tua sgt pun kalau zaman org keje opis ni
Bini dia umur 46 thn tu yg masih lg beranak tu ye terkejut juga sbb dah pra menopos, high risk semua ada.
Quote newyork 26-6-2023 08:15 PM
43 nampak tuanyaa..
Quote TOPwind 26-6-2023 08:53 PM
pekanwoohoo replied at 26-6-2023 05:25 PM
Aku pulak menitik air mata bila wartawan tulis pekerjaan abang tu sebagai pemandu lori dan bukannya  ...

pilot adalah pilot bukan  driver lori

driver lori adalah driver lori

yg bawa kete tu memandu.

sekolah di india kucing, dipangil tiger

rogol di katakan geselan

itu sekolah kat india.
Quote faraway1 26-6-2023 09:29 PM
Nampak tuanya..

Senyum my husband baca sebab sekarang dia 50 lebih dengan anak 7 tahun rambut hitam kuat tapi misai jambang putih... Hahhaha
Quote tungkai 26-6-2023 09:51 PM
Aku umur 23 dah ada uban. Memang nampak tua. Gigih aku kaler rambut tiap2 bulan pakai inai India. Skrg ni aku biar aje putih sebab nak ambik kesempatan dapat duduk dlm MRT, org ramai bagi laluan dulu, dapat giliran bayar kat cashier shopping...
Quote Nurul8001 26-6-2023 11:26 PM
Suchi replied at 26-6-2023 08:12 PM
43 thn tu bkn tua sgt pun kalau zaman org keje opis ni
Bini dia umur 46 thn tu yg masih lg beranak  ...

Umur 46 masih boleh pregnant ye? Sampai bila la nak pakai protection ni, bertanya saya kepada diri sendiri

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-3-2025 10:48 PM GMT+8 , Processed in 0.173697 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top