Seorang individu bukan Islam dari Raub, Pahang diumumkan sebagai pemenang utama loteri berjumlah RM28.9 juta. Kemenangan yang diumumkan pada 18 Jun itu diperoleh daripada siri khas sempena Hari Bapa.
Pemenang ini yang enggan namanya didedahkan berkata, apa yang berlaku adalah kebetulan semata-mata. Pada masa itu dia membawa anak membeli kasut baharu di sebuah kedai bersebelahan kedai loteri. “Itu hanya kebetulan semata-mata. Saya membawa anak membeli kasut baharu dan kedai loteri terletak bersebelahan. “Lagipun waktu sudah hampir petang ketika saya bergegas mendapatkan kasut untuk anak perempuan. Tiba-tiba kelihatan penjual loteri melambai kerana sudah mengenali saya. “Salah seorang daripada mereka menggalakkan saya membeli tiket Jackpot Lucky Pick yang dipaparkan di tingkap. Ia adalah tiket pilihan bertuah System Bet-3,” jelasnya.
Tanpa berlengah dia yang sentiasa mempunyai nombor pilihan terus membeli tiket loteri itu bagi mencuba nasib. Tambahan pula, dia sangat gembira kerana tarikh tersebut merupakan sambutan Hari Bapa. Pernah memenangi jumlah yang kecil, dia pada awalnya tidak menyedari nombor yang dipegang telah dipilih sebagai pemenang. Bagaimanapun, isterinya bertindak pantas dengan membuat semakan lanjut. “Kami sudah pun berbincang tentang tiket pilihan bertuah yang saya beli pada hari sebelumnya, dan isteri saya mempunyai firasat bahawa ia boleh menjadi nombor pilihan bertuah. “Dia memutuskan untuk menyemak silang nombor di laman web rasmi dan ternyata saya adalah pemenang bertuah! “Nombor pilihan bertuah saya 6736 (Hadiah ke-2) + 0651 (hadiah ke-3) adalah nombor jackpot yang menang,” katanya teruja. Masih tidak percaya, dia pergi ke cawangan pada hari berikutnya dan meminta penjelasan daripada penjual di kaunter. Dia berterima kasih kepada penjual yang menggalakkannya membeli tiket pilihan bertuah itu sambil mengakui usaha penjual yang menarik perhatian dan membuatkan dia membeli tiket itu.-CARI Sumber: mStar
|
Tanpa berlengah dia yang sentiasa mempunyai nombor pilihan terus membeli tiket loteri itu bagi mencuba nasib.
shi_jewel replied at 26-6-2023 12:52 PM
duit panas cepat habis...bak kata kawan ku yang non muslim main 4d 6d etc ni... sbb dia pernah menan ...
mojarean_X replied at 26-6-2023 12:50 PM
Nape kena mention bukan islam? Pemenang2 sblm ni ada yg islam ke?
mojarean_X replied at 26-6-2023 12:50 PM
Nape kena mention bukan islam? Pemenang2 sblm ni ada yg islam ke?
cranell: untungla dapat juta2 tax free
Pernah memenangi jumlah yang kecil, dia pada awalnya tidak menyedari nombor yang dipegang telah dipilih sebagai pemenang.
ADVERTISEMENT