Mamat Sepah minta maaf tak dapat hadir ke majlis perkahwinan sahabatnya iaitu Shuib kerana komitmen kerja terhadap program Mega Spontan 2023. Namun katanya dia ada menghubungi Shuib pada hari pernikahannnya untuk mengucapkan tahniah.
“Masa petang itu saya ada menghubungi Shuib. Dulu masa dia kahwin pun saya ada. Saya orang terakhir datang sebab ada penggambaran dan sangat sibuk masa itu. “Jadi dipendekkan cerita, untuk yang kedua ini pula saya buat video call dengan dia sekejap, walaupun line tak berapa cantik saya hubungi dia. “Saya kata good luck brother. Selamat pengantin baru maaf saya tak dapat datang,” katanya kepada Gempak. Dalam masa yang sama, Mamat juga sempat mengimbas kembali memori perkahwinan Shuib bersama arwah Siti Sarah Raissuddin yang dihadirinya.
|
ADVERTISEMENT