Tonggak pertahanan Sabah, Mohd Rizal Mohd Ghazali terpalit kontroversi memukul teman wanitanya menyerahkan kepada mahkamah untuk mengadili dan menegakkan keadilan. Rizal yang lebih mesra disapa Jai membuat penjelasan menerusi hantaran di Instastory bahawa dia tidak mahu membuka aib wanita berkenaan walaupun mendakwa mempunyai banyak bukti.
"Jai ada banyak bukti, tetapi Jai tidak akan membuka aibnya, biarlah mahkamah mengadili dan menegakkan keadilan. Aib seseorang itu amanah," tulis Rizal di Instagram Story miliknya. Isnin lalun, Rizal, 31, didakwa di Mahkamah Majistret atas tuduhan memukul teman wanita dan merosakkan telefon miliknya di sebuah bilik hotel, dua minggu lalu. Mohd Rizal bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret, Zhafran Rahim Hamzah. Mengikut pertuduhan, Mohd Rizal yang juga bekas pemain bola sepak kebangsaan didapati sengaja mendatangkan kecederaan dengan memukul Hani Farhana Hasrul Sani, 37, dan melakukan khianat merosakkan telefon bimbit milik mangsa dengan nilai kerugian RM4,500 di sebuah bilik hotel pada 7 Jun lalu.
Pendakwaan mengikut Seksyen 323 dan 427 Kanun Keseksaan masing-masing memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun, denda hingga RM2,000 atau kedua-duanya dan penjara maksimum tiga bulan atau denda atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan. Sumber: BH Online
|
Carcosa replied at 26-6-2023 01:29 PM
Time berenjut, time peluk2 cium tengkok la, cium pipi la, semuanya sedapppp belaka. Semuanya gegehhh ...
ADVERTISEMENT