Anak kepada pelakon Azhar Sulaiman yang sering mendapat perhatian ramai kali ini diperkatakan warganet kerana mencari teman lelaki. Dalam hantaran di TikTok bersama beberapa gambarnya berbaju merah jambu, Kasih Iris Leona turut memaparkan borang permohonan untuk menjadi teman lelakinya.
Menerusi ruang kapsyen, pempengaruh itu juga menegaskan dirinya serius mencari seorang peneman yang akan mendampingi dirinya. Menjengah ke ruang komen, rata-rata netizen memberi pelbagai reaksi terhadap permintaan Leona itu. Ada juga yang mengakui tidak layak memohon untuk menjadi teman lelakinya kerana anak aktor itu pastinya mencari lelaki dari kelas atasan yang sekufu dengan keluarganya. Ada ke yang berani mencuba? - CARI
|
adizero11 replied at 26-6-2023 02:11 PM
Datuk2 sugar daddy jer yg boleh isi borang tu..engkorang yg baru nk main forex jgn mimpi laaa..hahah ...
KikiHadid replied at 26-6-2023 03:32 PM
Dlm yt dak leona ni selalu mention dia single & serius nk mencari bf baru..mmg x nmpk dia berdating ...
ADVERTISEMENT