Siti Munirah Mukhizan, 28, reda apabila bayi dalam kandungannya disahkan mengalami kekurangan fizikal. Menerusi video yang dimuat naiknya di medoa sosial, wanita itu mengimbas semula kisah anak keduanya, Muhammad Noah Malique yang dilahirkan tanpa jari pada tarikh 8 Julai 2021.
"Masa awal kandungan, bayi dalam keadaan baik. Saya dah buat imbasan dua dimensi (2D). Kemudian masa kandungan nak masuk tujuh bulan, saya tempah untuk buat imbasan USG lima dimensi (5D) di klinik swasta untuk tengok wajah bayi. "Masa tu, jururawat check di tempat sama berulang kali, macam nak memastikan sesuatu. Dia tanya, ada tak saya makan apa-apa ubat atau suplemen selain ubat dari Klinik Kesihatan Ibu dan Anak (KKIA)?
"Saya cakap tak ada. Dalam hati saya dapat rasa sesuatu yang buruk. Jururawat kata anak saya tiada jari dan tapak tangan. Saya hanya mampu menangis seolah-olah saya gagal jaga kandungan. Saya keluar klinik dengan perasaan sedih," katanya kepada mStar. Bagaimanapun dia cuba berfikiran positif dan enggan mempercayai 100 peratus hasil imbasan daripada klinik berkenaan. Namun, igauannya itu bertukar realiti selepas dia selamat melahirkan anak keduanya dan si cilik itu disahkan tidak mempunyai jari pada tangan kanannya. "Sampai hari bersalin, saya selalu berdoa mengharapkan keajaiban. Masa lahir, saya tengok dia tetap tak ada jari. Mula-mula memang sedih. Dalam pantang pun saya sedih memikirkan nasib dia pada masa akan datang. "Tapi saya reda dan terima segala ketentuannya. Masa lahir tu juga, saya dapat tahu anak saya ada masalah jantung berlubang. Tapi Alhamdulillah, lubang pada jantung dah tertutup dan dia sihat walafiat. "Sekarang umur anak kedua saya dah setahun 11 bulan. Dia nampak bijak dan cerdik. Jenis cepat belajar," cerita suri rumah yang menetap di Puchong, Selangor itu. "Terlalu banyak komen positif. Saya nak ucap terima kasih banyak-banyak atas segala doa dan kata-kata semangat yang diberikan, tak terbalas segala komen yang ada. "Semoga Allah dapat balas segala kebaikan kalian," ujar wanita itu lagi. -CARI Sumber: mStar
|
she replied at 26-6-2023 12:02 PM
Macik makan Obimin dulu
So tak makan ubat klinik
(Jangan ikut cara macik tau)
she replied at 26-6-2023 12:02 PM
Macik makan Obimin dulu
So tak makan ubat klinik
(Jangan ikut cara macik tau)
talapia replied at 26-6-2023 03:59 AM
ujian dan juga rezeki untuk parents ni..
alhamdulillah anaknya takde penyakit lain..
she replied at 26-6-2023 04:02 AM
Macik makan Obimin dulu
So tak makan ubat klinik
(Jangan ikut cara macik tau)
scorpionkiki replied at 26-6-2023 01:15 PM
I makan procuct zhulian nananya Be Young. Anak keluar kulit putih berseri. Jarang demam dan sihat sa ...
dua_chzy replied at 26-6-2023 01:21 PM
Ooo Obimin tu rupanya penyebab baby demok....
mojarean_X replied at 26-6-2023 01:22 PM
Lahh hidup lg ke zhulian tu?
ADVERTISEMENT