Penyanyi dan juri tetap Big Stage 2023, Aina Abdul tampil dengan kelainan di minggu kelapan apabila menggayakan busana haute couture buttercup flower dress berwarna kuning hasil rekaan pereka Asyraf Arif pada minggu kelapan Big Stage.
Sama seperti minggu-minggu sebelum, fesyen uniknya yang di luar kotak itu mendapat perhatian ramai. Namun, reaksi netizen kali ini lebih positif berbanding sebelumnya kerana kelihatan elegan. Pun begitu, ada yang berseloroh menyamakan busana Aina seperti buah durian. Terdahulu, Aina pernah dikritik netizen selepas menggayakan kostum warna warni ‘A Wave Of Emotion’ hasil rekaan Masyadimansor. Kostum berkenaan turut mendapat kritikan pengacara dan pelakon sensasi, Azwan Haji Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA yang menyifatkan Aina sebagai ‘model paling hodoh di muka bumi’. Sumber: Murai
|
Aneem replied at 26-6-2023 03:15 AM
Cantik mekap sheol dari pengantin yg kononnya masih anak dara itu .
tipah89 replied at 26-6-2023 11:37 AM
lawa bethol make up she oll..kene kene
Lavender_Violet replied at 26-6-2023 12:34 PM
Cantik!
Iols setuju dgn bang Nuar jen.....tiberrrrrr
ADVERTISEMENT