Gagal menambat undian penonton meskipun persembahannya mendapat pujian juri, Puteri Khareeza mengakui kesilapan dirinya sendiri apabila berada di kedudukan tiga tercorot buat pertama kali sepanjang bertanding di pentas Big Stage 2023 (BS2023).
Puteri atau Puteri Aszfaryna Khareeza Arif, 25, berkata, tindakannya yang kurang aktif di media sosial memberi kesan sehingga membuatkan namanya tersenarai tiga peserta tercorot pada minggu suku akhir yang berlangsung pada malam Ahad. "Minggu suku akhir saya kalah dari sudut undian penonton. Mungkin salah diri sendiri juga kerana kurang aktif di media sosial. "Berbanding peserta lain, mereka sering berkongsi sesuatu di laman sosial untuk menarik perhatian penonton. Ini adalah satu pengajaran buat saya media sosial sangat penting," katanya kepada mStar. Dalam pada itu, Puteri Khareeza yang pada awalnya tersingkir pada peringkat suku akhir berkata, dia tidak dapat menahan air mata apabila dua juri BS2023 iaitu Ajai dan Aina Abdul bersetuju agar tiada penyingkiran.
“Agak ralat kalau tersingkir sebab saya sudah buat yang terbaik. Juri tetap pun berpuas hati dengan persembahan dan saya nampak ada peningkatan pada diri sendiri. “Jadi apabila Ajai dan Aina umumkan tiada penyingkiran, itu yang membuatkan saya sebak. Apatah lagi ketika berada di atas pentas itu terdengar rakan-rakan lain memanggil nama saya,” katanya.
|
dudaberhias replied at 26-6-2023 12:09 PM
takpelah dikkk... kalau ko juara sekalipun tetap lah sendu nyahhhh...
mana ada juara big stage ni y ...
Lavender_Violet replied at 26-6-2023 12:13 PM
Setuju kaka dude
Tak ada yg memorable pun juara2 Pentas Besar ni
Kalau ada pun si juara first seaso ...
Lavender_Violet replied at 26-6-2023 12:13 PM
Setuju kaka dude
Tak ada yg memorable pun juara2 Pentas Besar ni
Kalau ada pun si juara first seaso ...
KikiHadid replied at 26-6-2023 04:25 PM
Sarah suhairi kan mksd chuolls..sarah suhairi & han byul ad jgk produk yg dikenali lps abis big st ...
Lavender_Violet replied at 26-6-2023 12:13 PM
Setuju kaka dude
Tak ada yg memorable pun juara2 Pentas Besar ni
Kalau ada pun si juara first seaso ...
ADVERTISEMENT