CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tamatkan Kontrak Anna J, Suria FM Tak Matang Bagi Notis Kurang Sebulan?

26-6-2023 10:54 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 9977| Komen: 102

Bekas penyampai radio Suria FM, Anna J menerusi hantaran di Instagramnya semalam meluahkan kekecewaan selepas ditamatkan kontrak dengan notis pemberhentian hanya dimaklumkan dalam tempoh kurang sebulan.


Anna atau nama sebenarnya Anna Al-Juffrey menyifatkan pihak pengurusan stesen itu tidak profesional kerana status dirinya bersama Suria FM terkontang-kanting sejak tiga bulan lalu.


IG

“Bayangkan selepas kontrak tamat pada Mac lalu, saya bekerja tanpa sebarang kontrak dan perjanjian baharu. Namun, saya bekerja seperti biasa atas dasar percaya dan menerima gaji seperti biasa.

“Sebabnya bila saya tanya tentang status kontrak, macam-macam alasan diberikan. Saya datang berjumpa DJ Lin (Pengurus Besar Suria FM) dan akhirnya memaklumkan segmen saya terpaksa ditiadakan untuk digantikan dengan slot ulangan pagi Morning Morning Suria. Disebabkan itu, mereka terpaksa mengambil tindakan menamatkan kontrak saya,” katanya kepada Utusan Malaysia.




IG

ANNA J memuat naik kenyataan rasmi dalam Instagram, semalam.

Berdasarkan rekod, Anna J menerima surat penamatan kontrak pada 22 May 2023 . Menerusi surat itu, dia dimaklumkan akan menamatkan tugas pada 18 Jun 2023.

Anna J yang mengendalikan segmen Suria Pagi Show pada setiap hari Sabtu dan Ahad berkata, dia memahami suasana bekerja dalam industri penyiaran dan sambung atau tamat kontrak adalah perkara biasa.


IG

Namun, tindakan tidak matang pihak stesen menjadi pertikaian sekali gus boleh menjejaskan kariernya sebagai penyampai radio.

“Kalau dimaklumkan lebih awal, saya tidaklah terkilan. Agak ralat juga kerana tiada sebab yang kukuh. Mungkin disebabkan saya hanyalah penyampai hujung minggu.

“Mujur saya masih ada kontrak sebagai pengacara dengan sebuah stesen televisyen. Dapat juga bayar komitmen bulanan,” luahnya.


SUmber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote babelina 26-6-2023 11:07 AM
stesen radio nie mmg sesuatu la.. dulu aku dgr juga sorg penyampai tu pn mcm nie gak.. tny2 pasal kontrak dorg senyap jer.. last2 dia g stesen lain.. tp pastu dia pula dikata buat taik..lbh kurang gitu la citer nya..
Quote edoraixora 26-6-2023 11:23 AM
Edited by edoraixora at 26-6-2023 11:24 AM

suriafm ni dari dulu lagi bermasalah pasal kontrak2 DJ ni
sejak2 Dj lin jadik bos ni, apa ni kaklin buat staf macam tu
tak profesional langsung...kaklin jadik bos dah cukup ilmu HR ke tak tu
pergilah kursus2 HR kak oiii

yg pernah dengar berbunyi pasal ni, shahrol shiro, fizi ali & now anna j pulak


Quote jiwakacau06 26-6-2023 11:42 AM
babelina replied at 26-6-2023 11:07 AM
stesen radio nie mmg sesuatu la.. dulu aku dgr juga sorg penyampai tu pn mcm nie gak.. tny2 pasal ko ...

kes fizi ali...ckp mulut sja . bila dia sign contract dgn media prima...baru nk bising2 psl modal roadshow diaorg....
anna j best ja sorg2...lagu pn xboring...
Quote babelina 26-6-2023 11:44 AM
jiwakacau06 replied at 26-6-2023 11:42 AM
kes fizi ali...ckp mulut sja . bila dia sign contract dgn media prima...baru nk bising2 psl modal  ...

knnn.. kesian buat org mcmtu.. tamat kontrak mmg x bgaji dh la bln pastu..
x sempat org nk ikhtiar lain.. x baik btl..
Quote lasagna 26-6-2023 11:58 AM
pegi jer ke pejabat buruh anna, ko bleh fight kat situ dik.
Quote dekmieDandy 26-6-2023 12:01 PM
patut dj lin tu yang berenti

dalam seminggu berapa kali cuti entah, semua dj kena backup dia

jadi dj selalu ponteng, jadi boss pun tak reti buat kerja

best je anna j ni jadi dj weekend, time ganti dj lain pun ok jer
Quote Kuehraya 26-6-2023 12:03 PM
Kesian. Tp x berapa gemar dia ni mendj, suara sengau buat2 manja. Elok lg naimtee ke apa nama dj sorang lg tu
Quote dudaberhias 26-6-2023 12:04 PM
tapi dari dulu memang notis dalam sebulan je sama macam salih yaakob berbini 4 tu kena... nasib la nyah dah tahu karier penyampai radio ni bukan lah relevan sampai ke tua...

kena cari passive side income siap2...

Quote kotakominami 26-6-2023 12:07 PM
Patut buat mcm fizi hati kering sign dgn stesen lain.kita jadi pekerja kesiankan diri sendiri dulu.tak bankrap nye kompeni kalau kita takde. Nobody indisposable. Janji tak langgar kontrak.
Quote cycra 26-6-2023 12:13 PM
edoraixora replied at 26-6-2023 03:23 AM
suriafm ni dari dulu lagi bermasalah pasal kontrak2 DJ ni
sejak2 Dj lin jadik bos ni, apa ni kaklin  ...

pastu dapat penyampai radio paling fofulerrr....



Quote Lavender_Violet 26-6-2023 12:24 PM
dekmieDandy replied at 26-6-2023 12:01 PM
patut dj lin tu yang berenti

dalam seminggu berapa kali cuti entah, semua dj kena backup dia

Kan?
Dia lah boss dia lah penyampai
Biasa kalau dah jadi Boss jarang nak jadi penyampai dah sbb selalu busy, so tak leh handle segmen diorg
Tu belum kira asyik sakit je
Tapi menang award DJ yg di percayai Reader's Digest
Pastu tiap2 thun menang DJ popular ABPBH
Cara kerja kat anak buah nan hado jah...apoooo
Si Anna J ni ok je pada aku. Tak lah bingit sngt, dia pun pandai berinteraksi dgn pendengar
Jadahnya pagi2 Sabtu & Ahad nak buat ulangan Morning2 Suria..bosan weyhh
Pendengar lari kang, baru padan muka DJ Lin
Quote jiwakacau06 26-6-2023 12:28 PM
Kuehraya replied at 26-6-2023 12:03 PM
Kesian. Tp x berapa gemar dia ni mendj, suara sengau buat2 manja. Elok lg naimtee ke apa nama dj sor ...

naim tee ,bang bob,anna j,suraya,cikpiah,abg tyzo...boleh buat sorg2...yg lain ..jual suara sja....mesin xrti guna..
Quote edoraixora 26-6-2023 12:32 PM
cycra replied at 26-6-2023 12:13 PM
pastu dapat penyampai radio paling fofulerrr....

dapat anugerah tu pun sebab segmen suria cinta je
tapi lately ni, asyik xde je kt suria cinta
macam2 dj tolong gantikan
kaklin ni yg bermasalah agaknya, tapi sebab dia bos nasib lah labu

Quote HappyGumbira 26-6-2023 12:35 PM
Dj lin ni kalau jd bos duk belakang tabir sudah. mcm gil glam pun ye dia ni. masa roadshow dia pun sibuk nak nyanyi.
Quote kechikchomel 26-6-2023 12:48 PM
edoraixora replied at 26-6-2023 12:32 PM
dapat anugerah tu pun sebab segmen suria cinta je
tapi lately ni, asyik xde je kt suria cinta
maca ...

dia tak sihat kot?
kan sebelum ni macam kerap je dia masuk hospital tu?
yg iolss ingat dia kata kena sihir tu la.

pasal anna J lak, patut la sabtu lepas dia takde. mesin je yg berfungsi.
Quote ShyDoll 26-6-2023 01:25 PM
Sayangnya.. Bagus anna J ni..
Quote asmara_me 26-6-2023 01:37 PM
tolonglah Media Prima ambil Anna ni, aku suka dia punya cara dari Gegar lagi. Sayangnya Suria buang dia, dari Suria pusing2 benda yang sama, segmen pagi weekend tu dah best dah pun. Aiyoo, dia pun rajin je live tiktok masa kat konti, kan dah tarik audiens tu. erghhhhh

Kalau DJ Lin menang ABPBH tahun ni lagi, memang kelakar la sebab DJ lain yang gantikan dia sejak menjak ni segmen tu.
Quote syitaeyqa 26-6-2023 01:44 PM
Kuehraya replied at 26-6-2023 12:03 PM
Kesian. Tp x berapa gemar dia ni mendj, suara sengau buat2 manja. Elok lg naimtee ke apa nama dj sor ...

Naim i rasa bosan. Macam tak kena especialy kalau dia sorang. I pernah dgr dia ganti masa slot petang ganti kak rara & tyzo. sumpah tak best and mcm krik krik.

Anna J ni i rasa much better. sedap & spontan dia bagus. tak delay.

Tp suria ni da berapa kali buat dj cmni kan. Even tyzo dulu pun prnah merajuk & kecik hati sbb kes mcm ni tp last2 masuk balik lepas few years sbb kena pujuk.
Quote TomyamPuteh 26-6-2023 01:48 PM
Dj Lin menang lagi thn ni.

Lihat semua komen(102)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 12:00 AM GMT+8 , Processed in 0.070508 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top