Penduduk setempat gempar dengan penemuan empat rangka bayi yang dibalut dengan kain di sebuah kebun. Tribun News melaporkan, rangka bayi itu telah ditemukan oleh seorang pekerja yang datang ke kebun tersebut di Banyumas, Jawa Tengah di Indonesia pada 15 Jun lepas untuk menggali tanah.
Dia kemudian membuat laporan polis selepas menemukan tulang-belulang bayi yang ditanam pada ke dalaman 50 cm itu. Susulan itu, polis telah menahan seorang wanita berusia 25 tahun yang mengakui bahawa dia adalah ibu kepada empat rangka bayi yang ditemui itu. Menurut Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Banyumas, Agus Supriadi berkata pihaknya masih menyiasat kes tersebut sama ada suspek menggugurkan kandungan atau membunuh bayi-bayinya. "Kami belum tahu lagi, kami sedang menyiasat sama ada berlaku pengguguran atau pembunuhan. Apa yang jelas, dia mengaku itu (rangka bayi) adalah anak-anaknya."
Timbul dakwaan bahawa anak-anak yang dilahirkan wanita tersebut adalah hasil hubungan sumbang mahram dia dan bapanya. Malah suspek juga mengaku pertama kali dia melahirkan anak adalah pada tahun 2012. Suspek juga pernah tinggal bersama bapanya di sebuah pondok berdekatan dengan tempat rangka bayi itu ditemui. "Ketika berusia 14 tahun dia hamil dan sejak 2012 dia sudah bersalin." Sementara itu, difahamkan bahawa terdapat anak hasil hubungan terlarang itu yang masih hidup dan dibesarkan oleh keluarga angkat. Penduduk kampung juga berkata wanita tersebut serta bapanya pernah diusir dari kampung dan berpindah randah. Pihak berkuasa kini masih meneruskan cari gali kerana berkemungkinan bukan hanya empat mayat bayi yang ditanam di situ. Dalam masa yang sama polis juga sedang berusaha mencari bapa wanita berkenaan untuk siasatan lanjut. -CARI |
intan244: mak dia mana, meninggal ka
ADVERTISEMENT