Jika selama ini penampilan juri tetap Big Stage 5 yang mengundang kecaman, kali ini hos Elly Mazlein pula yang mencuri perhatian. Busana hitam dihiasi ‘juraian’ berwarna emas yang digayakan Elly atau lebih dikenali sebagai Kak Lina Pom Pom pada malam suku akhir program itu disifatkan seperti kain langsir. Selain mendapat komen baju Kak Lina seperti langsir di laman sosial yang dibacakan oleh Presiden Netizen iaitu Anna Jobling, penampilannya juga menjadi usikan dalam kalangan juri.
|
ADVERTISEMENT