CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Hafidz Rosdhi Minta Privasinya Dihormati, Minta Orang Ramai Diam "Kita Tidak Tahu Yang Didengar Atau Dibaca Itu Betul Atau Salah"

26-6-2023 10:12 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1176| Komen: 18

Hafidz Roshdi dah semakin lali dengan perhatian orang ramai terhadap dirinya.

Setiap kali hadir untuk prosiding beberapa kes membabitkan perceraian, hadanah mahu pun dakwaan menumbuk Nurul Shuhada Mat Shukri, dia semakin lali dengan segala kecaman.dilemparkan.


Foto: IG

Hanya diam dan sekadar mengangkat jari menunjukkan simbol ‘Allah yang satu’, Hafidz sesekali muncul dengan memek wajah sarat persoalan.

Dia lebih selesa membungkam berbanding membalas pertanyaan media di mahkamah.


Usai mahkamah menetapkan tarikh 27 Julai depan untuk keputusan kes terbabit, Hafidz mengambil peluang memperincikan isu perpisahan dengan Nurul Shuhada serta harapannya dalam menghadapi situasi kini.

Katanya, masyarakat seharusnya menghormati hak peribadinya dan keluarga, bukan mencampuri urusan mereka dengan melontarkan pandangan bersifat negatif mahu pun kecaman.


“Ada yang menegur, ada yang mengata dan ramai juga yang menjadi pengadil.

“Adalah lebih baik agar semua pihak menjaga lisan berlandaskan agama dan adab, kerana kita tidak tahu apakah yang didengar atau dibaca itu betul atau salah.

“Jadi saya berharap semua pihak menghormati privasi saya dan keluarga, demi masa depan terutama dalam mencari nafkah buat Humairah dan Umar,” katanya kepada Kosmo.


Dia sedia maklum kerap diburuk-burukkan dalam media sosial, namun memilih untuk tidak membalas sebarang provokasi.

“Pihak kami berdiam diri tetapi tidak bermakna kami salah, malah kami mengambil masa ini untuk bertenang.

“Sekiranya saya juga menjawab dan berbalas-balas di media sosial, tidak akan ada kesudahan selain menjadikan keadaan semakin keruh.



“Setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan masing-masing, setiap kita mesti terus berusaha memperbaiki diri,” katanya.

Terdahulu, Hafidz dan Nurul Shuhada yang mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2 tahun. -CARI


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rayna_raynes 26-6-2023 10:14 AM
Caption nak islamic tapi perangai lagi teruk dr kapiaq
Quote Hypothetically 26-6-2023 10:20 AM
Wtever, still no excuse for curang dan pukul perempuan wtever the circumstances. Walaupun ex wife ko over, bukan makna ko lepas frm yr wrongdoings.
Quote OsHiN_hOnEy 26-6-2023 10:22 AM
kita rumuskan dari sessi luahan panjang lebar

takda job masuk, takda duit nanti nak bayar nafkah
Quote chicmushroomkd 26-6-2023 10:41 AM

dia mmg sejenis posing jari satu tu sejak azali ke?naik menyampah dah tgk...
Quote matjerk 26-6-2023 10:43 AM
chicmushroomkd replied at 26-6-2023 10:41 AM
dia mmg sejenis posing jari satu tu sejak azali ke?naik menyampah dah tgk...

Aku menyampah gak tgk org posing2 1 jari ni...
Ritu dia muncul live... dok menunggu org bagi gift..
Errk?????
Quote Binodino 26-6-2023 10:52 AM
Edited by Binodino at 26-6-2023 10:54 AM

Nasib kau la apiz. Sebabnya kau pergi debik bakal janda kau tu, walaupun mungkin sebenarnya kau diprovoke sampai kau hilang sabar. Mungkin tu kali pertama & terakhir kau naik tangan kat si shu, orang tetap anggap kau kaki pukul & shu mangsa keganasan rumahtangga. Whatever it is kau tetap kena bagi jugak nafkah kat anak2 kau tu. Kalau dah takde job untuk berlakon, kau cari la kerja lain. Jangan asyik nak bertinju je. Ni kau nak tuntut hadhanah kekal tapi kau takde job. Agak2 hakim nak bagi kat kau ke hak hadhanah tu? Jangan kau pulak ikut macam bakal janda kau jual produk cikai tapi harga jahoodi.

Pendek kata, sebenarnya korang berdua sekufu sebab tu korang berjodohan. Dua2 perangai tak matang, yang jadi mangsa anak2. Lain kali jangan geletis nak kawin muda. Ini kononnya nak kawin muda sebab bernazar dengan mak ayah. Last2 disebabkan konflik korang lakibini yang tak matang mak ayah korang jugak sakit kepala. Nak sara anak lagi, nak sara cucu lagi. Sorang kemaruk nak bertinju, sorang kemaruk nak melaram barang branded jadi influenza. Dua2 patut dicerca
Quote Suchi 26-6-2023 11:00 AM
# tak menahan

4E99E2DF-4061-49E7-89E7-BA91F22E79A6.jpeg
Quote 3chanceno 26-6-2023 11:45 AM
Suchi replied at 26-6-2023 11:00 AM
# tak menahan

Meols tak menahan gelak baca komen uols nie  tepat & padat siap dgn foto untuk buat pilihsn

Apiz nie patut buat injuksi ke shushelop nie,baru senyap sikit belah sana..tapi ko siap2 bela diri pasal debik bini tu, pasal waras hukuman tetap ada
Quote awanearisu 26-6-2023 11:46 AM
Edited by awanearisu at 26-6-2023 11:48 AM

Rupa pun dah ada iras ebit.
Screenshot_20230626_114643_com.brave.browser_edit_184765570499930.jpg

Screenshot_20230626_114737_com.brave.browser_edit_184818880096276.jpg
Quote jiwakacau06 26-6-2023 11:56 AM
dasar penunggang agama...menipu ja xda job...faveret hj zil....msti ada job punya...kaza yg org boikot pn dpt job dgn hj zil..
Quote chicmushroomkd 26-6-2023 12:01 PM
matjerk replied at 26-6-2023 10:43 AM
Aku menyampah gak tgk org posing2 1 jari ni...
Ritu dia muncul live... dok menunggu org bagi gift. ...



penonggeng ni mo dia sama je...bila disadvantages tu kat dia, dan2 la ratib nama tuhan. gambar ngn kuda pun nak tunjuk jari satu. tp utk keuntungan dia, menadah gift, kejar pompuan sana sini sinun semua kira rezeki
Quote dudaberhias 26-6-2023 12:25 PM
duk tunjuk2 1 jari tu apa nyahhh... saiz ko kerr...
itu kah saiz yang si ayuthaya gilakan...

kemain yachhhh caption islamik bagai serhoper ali puteh... hujung2 duk mandi wajib bersama dengan cikki lain...

Quote ketambangkang 26-6-2023 02:55 PM
aritu kat court masa wartawan tanya ko ok ke tak, ko bole buat muka kekwat berlagak nak mamm ek..at least senyum la
Quote cruz2 26-6-2023 02:59 PM
Elok jer 'sister' tu posing dgn bapak dia. Tak ada gaya mcm yg digambarkan oleh ibu dia yg ala2 sister tu hanya ada ibu, doa utk ibu bla bla bla
Quote Lentera 26-6-2023 10:16 PM
Esok2 dh kawen dgn penyondol, bakalan lupa la anak2 tu. Sementara single, takde job ni simpan la byk2 gambar & video bersama anak2. Buat stok utk ig bg nampak kemithalian seorg bapak gitewww
Quote Binodino 26-6-2023 10:24 PM
cruz2 replied at 26-6-2023 02:59 PM
Elok jer 'sister' tu posing dgn bapak dia. Tak ada gaya mcm yg digambarkan oleh ibu dia yg ala2 sist ...

Yang tu pun sejenis propa jugak. Storyline tak tally, caca marba. Segalanya tentang dia semua good2, takde sedikit pun kesalahan dari dia. Yang buruk2 semua dari bakal duda & orang sekeliling. Dia yang sebarkan cerita lepas tu bila benda tu tak sahih dia kata benda tu datang dari netizen, bukan dari dia.

Jadi, selayaknya dua2 kena cerca.
Quote syafarah_2k 26-6-2023 10:37 PM
Edited by syafarah_2k at 26-6-2023 10:38 PM

Dah buat menyundal dengan pompuan lain..pukul bini bagai terus buat ayat2 agama...puiiihhh
Dasar jantan penunggang agama
Quote rosedemon 27-6-2023 08:53 AM
AMENDA LA STYLE DUK TUNJUK JARI SATU

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 07:28 PM GMT+8 , Processed in 0.073790 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top