Luahan seorang wanita yang terlanjur mencintai rakan sekerjanya yang juga suami orang menggemparkan pengguna media sosial. Wanita tersebut meminta pendapat sama ada perlu ataupun tidak dia memberitahu kepada si isteri mengenai hubungan terlarang itu.
Tambahnya dia serta skandal sudah pun melakukan macam-macam dan antaranya adalah ‘tidur’ bersama. Bagaimanapun dia sedar lelaki terbabit hanya melayan dirinya kerana nafsu dan pasti akan ditinggalkan suatu hari nanti. Wanita terbabit kini dalam dilema dan tidak tahu sama ada dirinya patut beritahu isteri lelaki tersebut mengenai hubungan mereka ini kerana kini dia sedang hamil.
Di ruangan komen, rata-rata netizen berang dan tak puas hati dengan wanita tersebut yang ingin memberitahu mengenai hubungan tersebut setelah terlanjur, sedangkan dia boleh memberitahu isteri lelaki tersebut sewaktu dirinya ‘diganggu’. -CARI
|
sayurmayur88 replied at 26-6-2023 12:34 PM
needs two to tango
ADVERTISEMENT