Pegawai polis tular dikenali sebagai ‘Inspektor Sheila’ tiba di Mahkamah Majistret Selayang kira-kira pukul 8.55 pagi tadi membalas sapaan pihak media dengan kata-kata “good morning”. Beliau akan berdepan pendakwaan yang dibuat mengikut dua seksyen.
Sebelum ini, tular klip video penjawat awam dikenali sebagai ‘Inspektor Sheila’ dilihat merendah-rendahkan pangkat anggota polis lain di sebuah balai polis di Seri Petaling, Petaling Jaya, Selangor. Sejurus kejadian tular itu, sebanyak lapan kertas siasatan dibuka dan tindakan ditahan tugas dikenakan ke atas pegawai polis itu ‘Inspektor berikutan beberapa siri kekecohan yang tular di media sosial. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, dua kertas siasatan telah dibuka oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) di bawah Seksyen 506 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan, berhubung isu tersebut.
Kata beliau, dua kertas siasatan tersebut dilakukan oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) PDRM. Selain itu, beliau berkata, enam lagi kertas siasatan turut dibuka melibatkan aspek tatatertib yang dilaksanakan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT).
|
Decaffeinated replied at 26-6-2023 02:10 AM
Dia ni mulut longkang ja bukan sampai naik tangan pun. Apahal sampai naik turun mahkamah bagai.
Decaffeinated replied at 26-6-2023 02:10 AM
Dia ni mulut longkang ja bukan sampai naik tangan pun. Apahal sampai naik turun mahkamah bagai.
mojarean_X: Bekap besar dia pun dh x bole ...
ayukpingu replied at 26-6-2023 10:24 AM
mulut longkang level kolam kumbahan pun bukan tiket dia nak hina orang sesuka hati.
padan la muka ...
Prickford replied at 26-6-2023 11:23 AM
Sheolls kena Seksyen 108 kot
Decaffeinated replied at 26-6-2023 04:27 AM
Pencerahan please!
Prickford replied at 26-6-2023 12:44 PM
Seksyen 108. Menghalang penjawat awam menjalankan tugas-tugas jawatannya.
Mana-mana orang yang den ...
Decaffeinated replied at 26-6-2023 04:52 AM
Ok thx.
Masa tu dia dikira sebagai orang awam ka atau kes 'ko polis aku pun polis'?
ADVERTISEMENT