CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Izzue Islam Dan Isteri Tak Habiskan Duit Untuk Hobi Mahal, Takut Duit Ada Tapi...

26-6-2023 09:49 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3048| Komen: 44


Pelakon dan pengacara, Izzue Islam mendedahkan dia dan isteri lebih memilih untuk menyimpan demi masa hadapan berbanding menghabiskan wang ringgit demi memenuhi hobi yang mahal.

Pendekatan itu diambil Izzue atau nama sebenarnya Muhammad Izzul Islam Mazlan, berikutan pandemik Covid-19 melanda seluruh dunia pada penghujung 2019.



IG

"Saya tidak habiskan (duit) untuk hobi, macam saya dan isteri sekarang ni, kita orang sebenarnya banyak menyimpan duit, kumpul sebab kita dah belajar daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ni kan (selama dua tahun).

"Kita tak tahu apa yang berlaku di kemudian hari, sama ada terhadap negara ataupun terhadap diri kita sendiri.

"Saya dan isteri risau kalau apa-apa berlaku kepada kami jadi, dengan adanya simpanan sikit tu boleh lah kita rasa ‘selamat’ sikit," jelasnya kepada OhBulan.

Izzue mendedahkan perkara itu sewaktu ditemui ketika hari pertandingan M8 Pushbike Championship 2023 yang diadakan di Tropicana Gardens Mall Convention Centre pada Sabtu.


Tambahnya, langkah itu bukan sahaja membantu mereka ketika berdepan situasi kecemasan, malah berharap dengan simpanan yang dibuatnya itu mampu untuk membantu orang sekeliling terutama ahli keluarga.

"Izzue banyak simpan seperti contoh, yang mana perlu guna (duit) kita guna dan selebihnya Izzue simpan mungkin untuk pelaburan dan juga kecemasan.


IG

"Risau, takut sebab kadang-kadang duit tu memang ada untuk kita tapi kita tak tahu mungkin ada juga orang yang memerlukan seperti ahli keluarga kita yang lain ke, saudara mara ke ataupun jiran-jiran kita sendiri.

"Jadi, kalau ada (simpanan) sedikit tu boleh lah kita gunakan juga untuk orang lain," ujarnya.


Sumber: OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fry 26-6-2023 10:25 AM
bagus diaorg ni, tenang ja..izzue pun xda nak tgk2 pempuan lain..
...sama tarikh kawin aku..semoga dikurniakan zuriat yg comel..
Quote babelina 26-6-2023 10:47 AM
moga sentiasa harum cinta dorg laki bini nie.. dan moga ada rezki zuriat...
Quote lanacondor 26-6-2023 10:52 AM
Heolz ni slh 1 sb iolz Masih pcy bkn semua kelantan prgai hauk..Semoga sentiasa rendah diri izzue..
Quote Purplehaz 26-6-2023 11:40 AM
Dari jd pengurus PA..terus jadi bini. Bini pandai jaga urus, cari job utk dia...masyukkk byk. Nk pandang lain pun pikir byk kali dulu kang x berbaloi nnti.
Quote dudaberhias 26-6-2023 11:48 AM
maksud dia bukan hobi mahal tapi barang2 branded gittuhh...
elok la menyimpan dari kulu kilir duk kelek branded macam retis2...

baik la menyimpan duit tu dari sekadar perabih duit untuk tag2 sendiri je brand tu...
gigih search satu demi satu brand tu yach nak tag...

hujung2 sidai coli buruk busuk kat beranda...

Quote lazim 26-6-2023 11:52 AM
Sskjp ni mmg bgus bab duit. Otak drg mmg menuju masa depan. Kawan2 iols yg sskjp rata2 pndai beli rmh lbh dr 1
Quote AnnaSendin 26-6-2023 12:18 PM
Taste jugeks dengan pak ju nieyh, nasib baik dah kawen. Kalau tak, iols sambar dolu. Baguslah beringat, jangan jadi setengah retis. Belanja sana sini, hujung² menagih simpati netizen dan gomen time pkp. Yih!
Quote Manusiabesa 26-6-2023 12:23 PM
AnnaSendin replied at 26-6-2023 12:18 PM
Taste jugeks dengan pak ju nieyh, nasib baik dah kawen. Kalau tak, iols sambar dolu. Baguslah bering ...

Kau nk sambar izzue kau muka cmna..cun tak? Kompidennya hahaha. Wife dia skrg xcun pun tp izzue taste. Engkau tu aku rsau klu cun tp izzue xtaste. Hahahaha slmt hari raya aji noks...
Quote Manusiabesa 26-6-2023 12:26 PM
lazim replied at 26-6-2023 11:52 AM
Sskjp ni mmg bgus bab duit. Otak drg mmg menuju masa depan. Kawan2 iols yg sskjp rata2 pndai beli rm ...

Tula u. Fizo omar pun pndai urus kewangan. Depa ni dh keturunan meniaga. Klu p pasar siti khdijah tu... sakan rancak betul dorg menega. Mkcik2 tua dh pun aktif lg naik bersila atas meja meniaga ,mknn, kain sarung mcm2 lah. Kagum btul. Team femili lopak pun cnggitu gk. Ramai meluat kt dia tp saving femil dia sekor2 aku xtau dh bapa juta.  Spupu2 dia nk menikah pun tangkap jerung. Utk kesenangan masa dpn anak2. Cuma aku kurang stuju jika byk income ni hukum halal, haram, harus dia. Saham2 cmtu aku xyakin kesucian nya.
Quote Prickford 26-6-2023 12:40 PM
dudaberhias replied at 26-6-2023 03:48 AM
maksud dia bukan hobi mahal tapi barang2 branded gittuhh...
elok la menyimpan dari kulu kilir duk ke ...

Baru lepas tengok gambar Watetek dgn Soeb. Kulu kilir bawak beg kecik Dior tu. Terus beg tu nampak mcm standard pasar malam.

Quote AnnaSendin 26-6-2023 12:58 PM
Manusiabesa replied at 26-6-2023 12:23 PM
Kau nk sambar izzue kau muka cmna..cun tak? Kompidennya hahaha. Wife dia skrg xcun pun tp izzue ta ...

Tu lah kan. Iols cun, tapi pok ju tatau taste dengan iols ker tak. But tak salah mencoba kalau heols tak kawen lagi. Selamat hari raya haji jugeks noks. Jangan terlebih makan daging, kang gomok.
Quote Manusiabesa 26-6-2023 01:10 PM
AnnaSendin replied at 26-6-2023 12:58 PM
Tu lah kan. Iols cun, tapi pok ju tatau taste dengan iols ker tak. But tak salah mencoba kalau heo ...

Hahaha aku mmg nk temuntah dgn pompuan perasan. Yg betul2 cun ni sllunya rilek. Yg acah2 cun sllunya alahai ngade2
Quote Manusiabesa 26-6-2023 01:12 PM
AnnaSendin replied at 26-6-2023 12:58 PM
Tu lah kan. Iols cun, tapi pok ju tatau taste dengan iols ker tak. But tak salah mencoba kalau heo ...

Xpe..daging klu mkn ada protein.. gemuk boleh eksesais. Aku buat apa yg aku nk buat kcuali perasan, mmg bkn jenis aku nk perasan2.. perasan dan bongkak ni ubat dia kena istighfae byk2 dan bykkan travel.nnt akn nmpk wanita lain kt negara lain jauh lebih cntik. Teduduk ngkau time tu.
Quote AnnaSendin 26-6-2023 01:13 PM
Manusiabesa replied at 26-6-2023 01:10 PM
Hahaha aku mmg nk temuntah dgn pompuan perasan. Yg betul2 cun ni sllunya rilek. Yg acah2 cun sllun ...

Alahai tiberr nak reply komen iols. Mesti newbie kan tapi tapaham gaya bahasa kat sini. Sini memang ramai fefeeling perasan pon tapi belum pernah sondol laki orang. Uols dengan stinger tuew sedarah ke kerna sama sajork kelaku? Hahahaha
Quote tokchik 26-6-2023 01:15 PM
Manusiabesa replied at 26-6-2023 12:26 PM
Tula u. Fizo omar pun pndai urus kewangan. Depa ni dh keturunan meniaga. Klu p pasar siti khdijah  ...

ya..sangat pandai
Quote AnnaSendin 26-6-2023 01:16 PM
Manusiabesa replied at 26-6-2023 01:12 PM
Xpe..daging klu mkn ada protein.. gemuk boleh eksesais. Aku buat apa yg aku nk buat kcuali perasan ...

Motip iols nak entertain komen gini? Tapi iols entertain jugeks kerna uols nak kutip tacang kan, kenalah sondol komen porumer lain walaupon tade pedoman berporem. Sian. Iols pon nak taip apa iols nak taip. Iols nak crush kat pok ju pon, bukan iols nak sondol heols pon. Lols.
Quote bynroslan 26-6-2023 02:43 PM
Prickford replied at 26-6-2023 04:40 AM
Baru lepas tengok gambar Watetek dgn Soeb. Kulu kilir bawak beg kecik Dior tu. Terus beg tu nampak ...

Design beg watie tu terlampau banyak sangat yg ciplak, pastu si pemakai ciplak kemainnnnnn eksyen kunun orang tak tau dia kelek yg ciplak. puihh memang jatuh habis stended
Quote Peachlilac 26-6-2023 03:20 PM
AnnaSendin replied at 26-6-2023 01:13 PM
Alahai tiberr nak reply komen iols. Mesti newbie kan tapi tapaham gaya bahasa kat sini. Sini meman ...

Ahahhaahah dia buat orang takpe bila. Orang buat dia balik,sentap pulekkk.hahahah
Quote AnnaSendin 26-6-2023 04:48 PM
Peachlilac replied at 26-6-2023 03:20 PM
Ahahhaahah dia buat orang takpe bila. Orang buat dia balik,sentap pulekkk.hahahah

Iols speku heshe obses kat pok ju sampai ummah lain taboleyh minat heols. Tengah koyak lah tuew, harap tak terjun jambatan terus jadi hantu air.

Lihat semua komen(44)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 07:06 AM GMT+8 , Processed in 0.099274 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top