Kisah Wiwin Supiyah yang setia semasa suaminya sakit namun akhirnya dihianati menjadi tumpuan ramai. Wiwin merupakan isteri kepada pakar motivasi, YouTuber dan penulis buku terkenal bernama Dewa Eka Prayoga dan mempunyai kehidupan yang stabil dan senang.
Namun selepas 18 hari mendirikan rumah tangga, dia diisytiharkan muflis kerana ditipu rakan niaga. Selepas muflis, Dewa terpaksa berpindah ke rumah sewa yang jauh lebih murah. Malang bertimpa apabila dia turut menghidap Sindrom Guillain-Barre iaitu sistem imun badan menyerang bahagian saraf. Dewa disahkan lumpuh seluruh badan selama 4 bulan dan kos rawatan pula mencecah lebih RM200,000. Biarpun pelbagai ujian dihadapi, namun Wiwin tak pernah mengabaikan suaminya. Dewa menyifatkan Wiwin sebagai isteri berhati bidadari namun pada 21 Jun lalu, wanita tersebut membuat pengumuman mengejut bahawa dia dan suami telah pun berpisah.
Walaupun tidak menceritakan secara terperinci mengenai punca keretakkan rumah tangga, ‘kantoi’ tentang Dewa sudah pun mengahwini wanita lain yang beerumur 24 tahun pada 14 Mei 2023. Peguam kepada penulis itu memperjelaskan perkahwinan kali kedua lelaki terbabit sama sekali tiada unsur penipuan terhadap isteri pertama atau pemalsuan dokumen. -CARI
|
tumpanglalu74: Muke pon macam taik. Muke ego macam sekor Youtuber tu..
RinIna replied at 26-6-2023 10:44 AM
Lepas ni confirm kalau dia sakit balik isteri baru tu plak lari..biar padan muka.
tumpanglalu74 replied at 26-6-2023 09:57 AM
Muke pon macam taik. Muke ego macam sekor Youtuber tu..
NazRysha replied at 28-6-2023 03:36 PM
teringat khir toyo
duk dlm jail berapa lama
keluar2 kawin lain
NazRysha replied at 28-6-2023 03:36 PM
teringat khir toyo
duk dlm jail berapa lama
keluar2 kawin lain
rosedemon replied at 26-6-2023 11:13 AM
tu sebab jgn baik sgt ngn laki
ADVERTISEMENT