CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"I Miss You, Ma," Kilafairy Upload Video Kenangan Menyanyi Bersama Rohana Jalil

26-6-2023 09:34 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1409| Komen: 18

Rohana Jalil meninggal Selasa lepas akibat kebocoran usus.

Pemergian Allahyarham memberi kesan kepada semua lebih-lebih lagi buat ahli keluarga tersayang termasuklah anaknya Kilafairy.


Foto: IG

Baru-baru ini Kilafairy memuat naik video kenangan bersama ibunya.

Mereka dilihat sedang membuat latihan nyanyian bersama di atas pentas.

Namun, apa yang menyentuh hati adalah mereka mendendangkan lagu nyanyian Rohana sendiri yang berjudul Resah Ku.


“Saya adalah peminat nombor 1 dia dan dia adalah peminat nombor 1 saya.

“I miss you, Ma,” tulis Kilafairy.

Allahyarham memulakan karier seni selepas memenangi pertandingan Bintang RTM pada 1980.


Antara lagu popularnya adalah Rayuan Ku, Resah Ku, Kerana Dia Kita Terpisah, Faez dan Jauh Terkenang.

Pada malam Selasa, penyanyi popular era 80-an itu telah menghembuskan nafas terakhir akibat kebocoran usus di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Selangor, kira-kira pukul 11.33 malam.


Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ21, Subang Jaya, pada Rabu.

April lalu, Rohana dilaporkan kritikal dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat kebocoran pada usus perut. Perkara tersebut disahkan oleh anaknya, Kilafairy. -CARI

Sumber: XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 26-6-2023 11:02 AM
mmg sakit kehilangan ibu.
Quote cikatilia 26-6-2023 12:15 PM
sedap sora depa
Quote Burong_Hantuk 26-6-2023 02:41 PM
sudah2 lah tu dekkk...banyakkan doa utk  arwah
Quote rosedemon 27-6-2023 08:52 AM
AL FATIHAH DIBACA
Quote Addrianna 27-6-2023 09:00 AM
Burong_Hantuk replied at 26-6-2023 02:41 PM
sudah2 lah tu dekkk...banyakkan doa utk  arwah

biarlah x salah pun dia nak kongsi.Al fatihah untuk arwah
Quote dudaberhias 27-6-2023 10:32 AM
tak sempat tengok rohana jalil dalam gegar vaganza...

al-fatihah...
Quote talapia 27-6-2023 12:04 PM
Addrianna replied at 27-6-2023 09:00 AM
biarlah x salah pun dia nak kongsi.Al fatihah untuk arwah

kan.. berila dia masa nak lepaskan kesedihan.. rindu..
sedekah fatihah tu sudah tentu.. tapi sebagai manusia.. dia pon rasa peritnya

aku pernah melalui fasa hilang ibu..
3 minggu di hospital tanpa boleh dilawat sebab SOP hospital..
pulang cuma jasad sejuk tak bernyawa. Allahu.. sakit sangat.

Selain merintih menangis dalam sujud.. aku juga luahkan di sosmed. Sokongan kawan2.. keluarga.. buat aku rasa tak keseorangan.
Time will heal. InshaAllah
Quote Prickford 27-6-2023 12:47 PM
Burong_Hantuk replied at 26-6-2023 06:41 AM
sudah2 lah tu dekkk...banyakkan doa utk  arwah

Hilang mak tau. Bukan hilang kucing. Kazen iolls dah masuk 2 tahun mak meninggal pon tak boleh move on, masih terasa kehilangan tu. Bukan nya deyols ni tak solat & doa. Tapi mana mungkin boleh kasi hilang terus lenyap kenangan dengan mak.

Quote MistrezHermanaz 27-6-2023 12:55 PM

ye sedap suara..pernah tgk kt tv2 ke tv1 both berduet lagi resahku, rayuanku..mmg sedap
Quote sweetgirl 27-6-2023 01:02 PM
talapia replied at 27-6-2023 12:04 PM
kan.. berila dia masa nak lepaskan kesedihan.. rindu..
sedekah fatihah tu sudah tentu.. tapi sebag ...

btl... kita bukan x terima kenyataan.. tp hati cuma rindu yg amat..
arwah mak sy pun dah 22 thn xde.. tp terasa mcm baru sgt.. still rindu yg amat sgt sgt


Quote cikatilia 27-6-2023 01:04 PM
MistrezHermanaz replied at 27-6-2023 12:55 PM
ye sedap suara..pernah tgk kt tv2 ke tv1 both berduet lagi resahku, rayuanku..mmg sedap

kan...
zaman2 juara lagu suara dia mmg merdu sgt..

menurun ke anak plak...
moga kila tabah.. cannot imagine kehilangan ibu... huhuhu
Quote cikatilia 27-6-2023 01:04 PM
sweetgirl replied at 27-6-2023 01:02 PM
btl... kita bukan x terima kenyataan.. tp hati cuma rindu yg amat..
arwah mak sy pun dah 22 thn xd ...

selama mana pon rindu tu mmg takkan hilang..
utk mak abah la kan..
my dad pon dah 15 tahun tp bila teringat sedih..

Quote Addrianna 27-6-2023 02:00 PM
talapia replied at 27-6-2023 12:04 PM
kan.. berila dia masa nak lepaskan kesedihan.. rindu..
sedekah fatihah tu sudah tentu.. tapi sebag ...

kan.bukan kila ni menungang kematian mak dia then berapa kerat je dia share kat socmed.pasal doa tu pulak sudah tentu dia buat siapalah kita nak pertikaikan.betul ni kehilangan mak mana nak sama dengan putus cinta.hanya orang yang merasa je tau.bagi lah dia masa biarlah dia nak share kesedihan dia tu.takziah jugak untuk mak chouls semoga dia berada ditempat orang2 yang beriman.amin
Quote talapia 27-6-2023 02:21 PM
Addrianna replied at 27-6-2023 02:00 PM
kan.bukan kila ni menungang kematian mak dia then berapa kerat je dia share kat socmed.pasal doa t ...

Terima kasih..
baca reply ni pon menitis air mata teringat.
Manusia. Lemah. Bukan tak reda.. cuma rindu.
Mereka yang tak pernah rasa.. tak faham. Once dah lalui.. kita faham perasaan tu bagaimana.
Wasap yg takkan blue tick, call yang takkan pernah berjawab, hanya kenangan je yang tinggal
Quote kucingitam 27-6-2023 02:27 PM
aku ni pak sedara meninggal pun terasa2 lagi ni ha..dah 2 tahun dah... terngiang2 dia telefon bgtau nak dtg..
Quote Addrianna 27-6-2023 02:41 PM
talapia replied at 27-6-2023 02:21 PM
Terima kasih..
baca reply ni pon menitis air mata teringat.
Manusia. Lemah. Bukan tak reda.. cuma ...

suka sangat dengan ayat chouls "kita manusia,lemah dan bukan x reda.aku alhamdulilah masih ada both parents tapi last 4 years nenek aku meninggal memang kami sangat2 rapat sedih dia tu x boleh nak describe.my mom lagilah setiap x masak makanan favourite nenek sure nangis pergi tempat yang nenek suka pun dia sedih.tiba puasa dan raya lagi lah.kadang2 tu aku tengok dia duduk seorang kat dapur tengok video/pic nenek diam2 dia nagis sedih.memang sakit tau rindu pada orang kita x dapat nak jumpa lagi
Quote mie07 27-6-2023 02:45 PM
Kila ni ada adik kan..rasa mcam pernah terbaca
Quote nakkomenjugak 28-6-2023 01:51 PM
orang hilang mak wehhh...
apatah lagi anak perempuan....
rapat dengan mak....
iol kalau hilang mak pun mesti dah macam orang hilang arah
moga bertabah...

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 07:56 PM GMT+8 , Processed in 0.109268 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top