Sistem pendidikan abad ke-21 menyaksikan bukti kemajuan teknologi yang pesat di mana suasana pembelajaran kini lebih ke arah digital. Dulu kelas di sekolah-sekolah hanya menggunakan papan hitam, kini SNS Network dengan kerjasama Intel® membawakan JOI® Smartboard, skrin sentuh dan papan tulis interaktif yang dilengkapi pelbagai fungsi dan ciri menarik.
JOI® Smartboard pastinya memberikan pengalaman pembelajaran hibrid kepada tenaga pengajar dan pelajar yang interaktif menerusi kaedah demonstrasi. Bagi tenaga pengajar, pastinya akan menjadi lebih mudah dan lancar tanpa perlu membawa banyak buku. Begitu juga dengan pelajar, mereka akan berasa lebih seronok dan mudah memahami subjek yang diajar menerusi papan skrin sesentuh.
Kolaborasi interaktif yang menggabungkan visual adalah lebih mudah menarik perhatian dan tidak membosankan. Pelbagai fail dan kandungan termasuk gambar serta video berdefinisi tinggi boleh dipaparkan terus ke peranti menggunakan sambungan tanpa wayar. JOI® Smartboard membolehkan tenaga pengajar menyediakan silibus pengajaran mereka dengan mudah dan efisien tanpa membuang masa menulis di papan putih biasa berulang kali. Malah, JOI® Smartboard boleh dikawal menggunakan peranti pintar dari jauh menjadikan pengalaman pembelajaran lebih seronok dan efisien. Pelbagai input dapat dikongsikan serentak kepada semua pelajar dengan cara yang lebih pantas. Guru juga dapat mengawal dan memantau komputer riba pelajar melalui JOI® Smartboard bagi memastikan mereka sentiasa fokus di dalam kelas. Menariknya, para pelajar boleh membuat rakaman skrin semasa guru mengajar bagi memastikan segala ilmu dapat diserap dengan jayanya. Sangat memudahkan kerana ia tidak memerlukan pelajar untuk tulis dan salin setiap nota yang hanya memakan masa yang panjang. JOI® Smartboard juga dilengkapi aplikasi android serta widget bar pada bahagian sisi yang boleh digunakan untuk meningkatkan kaedah pengajaran. Tekan sahaja, nah keluar terus semua bahan yang diperlukan untuk pembelajaran, memang sangat mengujakan! Perisian Multi OS dan didatangkan dengan 'built in Android System' memudahkan penukaran di antara sistem. Lebih mengagumkan, ia menggunakan OPS Module yang dikuasakan oleh cip pemprosesan Intel® Core™ , membolehkan perkongsian lebih dinamik di mana kandungan dan mod paparan boleh ditukar secara 'real time'. Bukan itu sahaja, paparan ini menyokong sehingga 20 titik sentuhan 10 titik tulisan dengan menggunakan Stylus Two Points Pen. Berbeza dengan penggunaan kapur papan hitam yang leceh dan berhabuk macam dulu, pen ini membolehkan pengguna menukar ‘dakwatnya’ kepada apa-apa warna yang dikehendaki. Lebih stylo, nak padam pun boleh guna tangan sahaja. JOI® Smartboard mempunyai resolusi paparan skrin 4K UHD anti silau dengan pelbagai pilihan saiz, dari 65 inci sehingga 86 inci mengikut kesesuaian penggunaan. Produk keluaran JOI® sememangnya direka dengan kebolehpercayaan yang tinggi bersama ketahanan jangka hayat terbaik. Sebagai info tambahan, JOI® Smartboard bukan hanya terbatas digunakan di kelas sekolah, malah boleh digunakan semasa membuat pembentangan di syarikat-syarikat. Sewaan dan ansuran juga disediakan sehingga 36 bulan melalui SNS OnePlan™️. Untuk ketahui info lebih lanjut, boleh daftar di sini, https://forms.office.com/r/bPRQrepNwB Untuk lebih maklumat tentang promosi, layari: Facebook Gloo: https://www.facebook.com/gloo.com.my Facebook SNS: https://www.facebook.com/sns.com.my Facebook JOI: https://www.facebook.com/JOI.Malaysia IG Gloo SNS: https://www.instagram.com/gloo_sns/ IG SNS Network: https://www.instagram.com/snsnetwork_my/
|
ADVERTISEMENT