CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Pukul Teman Wanita Dengan Penyapu Hingga Mati Di Ipoh

26-6-2023 08:32 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 784| Komen: 5

Pergaduhan sepasang kekasih berakhir dengan tragedi apabila seorang wanita maut dipukul teman lelakinya dengan batang penyapu pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai kejadian di tingkat atas sebuah rumah kedai di Taman Song Choon, Ipoh, Perak pada pukul 4.34 pagi.



Kejadian pembunuhan pada Ahad itu berlaku di sebuah rumah kedai di Taman Song Choon. — Bernama

"Siasatan awal pihak polis di tempat kejadian mendapati seorang perempuan Melayu berumur 24 tahun berada dalam keadaan tidak sedar diri terbaring tidur di atas katil dan berbantal.

"Mangsa tersebut disahkan meninggal dunia oleh petugas ambulans dari Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh," katanya dalam satu kenyataan.

Yahaya berkata, polis turut menangkap teman lelaki mangsa yang juga seorang lelaki Melayu berumur 23 tahun dan mengaku memukul mangsa.


Ujarnya, tiga individu lain di tempat kejadian turut ditahan berusia antara 29 hingga 65 tahun yang berada di tempat kejadian.

Beliau berkata, ujian air saringan air kencing dijalankan terhadap keempat-empat suspek mendapati suspek pertama iaitu tema lelaki mangsa positif dadah jenis methamphetamine.

Yahaya memaklumkan kes tersebut diklasifikasikan sebagai kes bunuh dan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


Antara anggota polis yang berada di tempat kejadian untuk melakukan siasatan. — Bernama

"Pihak siasatan berjaya memperolehi perintah tahanan reman terhadap keempat-empat suspek selama tujuh hari dari 25 Jun sehingga 1 Julai 2023 untuk siasatan lanjut. Dengan tertangkapnya suspek tersebut, maka kes ini berjaya diselesaikan.

"Pihak siasatan akan melengkapkan siasatan kes ini dan merujuk kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk cadangan pertuduhan," ujarnya. 


Sumber: Majoriti


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sesuatu… 26-6-2023 08:53 AM
Innalillah wa inna ilaihi rojiun. Tp byknye persoalan baca berita wartawan tulis ni.

Si mati berada dalam keadaan tidak sedar diri terbaring tidur di atas katil dan berbantal - macam mana pihak ambulan boleh dtg tiba2 bila si mati baring elok atas katil berbantal siap. Mcm lena tidur.

Pukul 4.34am tu waktu diorg bergaduh, si mati dipukul penyapu ke?

Kasi terang sikit kronologi ni duhai wartawan

Quote sagiman91 26-6-2023 08:57 AM
302... damn...makan tahun la gamaknya
Quote ally9970 26-6-2023 08:59 AM
Mati sebab kena pukul dgn penyapu? Biar betul... dh konfirm by forensic dan bedah siasat ke?
Quote tumpanglalu74 26-6-2023 09:03 AM
Rasenye pompuan tu menjerit pastu jiran sebelah panggey polis..  Itu aje explanation yang ade.  Tu pasal tak sempat lari..

Quote supernaturalee 26-6-2023 10:00 AM
Sesuatu… replied at 26-6-2023 08:53 AM
Innalillah wa inna ilaihi rojiun. Tp byknye persoalan baca berita wartawan tulis ni.

Si mati berada ...

tu lah...sesuatu...kan



Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-10-2024 07:29 AM GMT+8 , Processed in 0.034476 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top