Mencari ketenangan dalam keheningan dan kesunyian, seorang pengembara memilih untuk menetap di pulau paling sunyi di Utara Atlantik hanya bertemankan burung, ikan paus dan anjing laut, lapor The Independent.
Chris 'Cam' Cameron, 53, tinggal di pulau granit terpencil dikenali Rockall yang terletak kira-kira 21.33 meter (m) dari aras laut. Di situ Cam tinggal di puncak batu dengan sedikit ruang, ia mengambil masa kira-kira 10 saat untuk bergerak dari satu penghujung ke penghujung yang lain. Veteran tentera itu berharap dirinya dapat menghabiskan 60 hari berseorangan di situ sekali gus memecah rekod semasa 45 hari yang dicatat Nick Hancock pada Jun dan Julai 2014. Ketika ini Cam sudah menghabiskan 24 hari tanpa hubungan dengan manusia, melainkan menerusi alat telekomunikasi dibekalkan kepadanya untuk empat hari pertama. Rutin harian Cam bermula dengan dia bangun pada setiap pagi, menikmati bubur dan kopi serta memeriksa semua peralatan berada dalam keaadaan yang sepatutnya. Sumber: mStar |
Tinot7 replied at 26-6-2023 08:35 AM
Itu pulau ka seketul batu?
shi_jewel replied at 26-6-2023 09:06 AM
no phone, no human, no problem.
tp lom dapat lawan tom hanks dalam cast away... 4 tahun sorang diri ...
batmana replied at 26-6-2023 09:08 AM
Berak taik buang mana la..kwsan kecik cmtu
supernaturalee replied at 26-6-2023 09:55 AM
poop place for birds
sepah you
supernaturalee replied at 26-6-2023 09:56 AM
wilson kan ada
primarikey replied at 26-6-2023 12:05 PM
Aku suka tengok cite ni
Aku nangis ea masa dia terpisah dr wilson
Sedih sgt aku masa dia jerit wil ...
ADVERTISEMENT