Ada khabar angin mengatakan pelakon wanita kontroversi, Sharifah Sakinah kini sudah ada pengganti baru. Selepas hampir setahun bercerai, nampaknya Sakinah adalah antara wanita yang mudah move on bak kata orang.
Mungkin hatinya sudah begitu tabah sementelah dua kali mengalami kegagalan rumah tangga dan dia pun enggan terlalu berlama-lama berselubung dengan kesedihan. "Bila Cik Bunga dengar dia sudah ada pengganti yang baru, jujurnya kita pun tumpang gembira juga. Dengarnya, kekasih baru Sakinah ini pun Mat Salleh juga macam bekas suami terdahulu. "Orangnya tampan juga, dan khabarnya menetap di Bali, Indonesia. Kalau tak silap, kekasihnya itu merupakan seorang usahawan. Cuma tak pastilah pula usahawan apa. "Namun, apa yang Cik Bunga dengar, kekasih barunya itu betul-betul menjaga dan mengasihi Sakinah dengan apa adanya. Makna kata, dia boleh menerima Sakinah seadanya dan boleh melayan ‘kepala gila’ pelakon itu sebagaimana yang orang tahu," dakwa Cik Bunga dari Utusan.
Mungkin kali ini Sakinah perlu lebih lama sedikit mengenali hati budi supaya perkahwinan bertahan lebih lama. Apapun, kita doakan yang terbaik untuk Sakinah. Sumber: Utusan
|
lasagna replied at 26-6-2023 08:12 AM
apa jer laa mat salleh ni tgk kat kinah ni.. tak paham gue..
jlo replied at 26-6-2023 07:43 AM
good for her...takyah sedih lama2
hanipinky replied at 26-6-2023 09:30 AM
Tapi mat salleh mmg suka jenis camni, tanned, petite, slim, exotic look, just like my ex-Boss.
Sh ...
ADVERTISEMENT