CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pensyarah Berang Pelajar Serah Tugasan Macam Hantar Sihir Voodoo, Guna Jarum Ganti Stapler

26-6-2023 07:35 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1763| Komen: 27

Seorang pengguna Facebook dipercayai pensyarah, dipersoal warganet apabila mendedahkan cara pelajarnya menyerahkan tugasan seolah-olah mengaibkan siswa terbabit di khalayak tanpa perbincangan terlebih dahulu.


"Pelajar hantar assignments tapi tak stapler, jadi kita minta dia datang dan stapler kerja masing-masing. Ini hasilnya dia bagi voodoo (sihir) dekat kita. Letak jarum ganti stapler," kata pensyarah yang dimaksudkan dengan nada sinis dalam satu hantaran di Facebook.




Tidak sependapat dengan pendekatan pensyarah itu, seorang individu berkongsi tangkap layar luahan berkenaan mengingatkan golongan pendidik seharusnya berperanan membimbing pelajarnya dan bukannya menyindir mereka.


Menjengah ke ruangan komen, warga maya mempersoalkan sama ada pensyarah itu sebenarnya sekadar mahu meraih populariti di media sosial.



"Tak boleh ke pergi jumpa budak tu cakap elok-elok? Cakap lain kali minta hantar tugasan macam ni, boleh tunjukkan terus dekat mereka. Atau pensyarah ni cuma nak jadi viral?

"Dulu zaman saya pensyarah ada juga marah-marah tapi tak ada la sampai nak bawa ke media sosial, habis terbuka aib semua.

"Macam terpaling baik pensyarah ni," kata warga maya.



Walaupun begitu, sebahagian warga maya juga sepertinya memihak kepada pensyarah tersebut dengan mengatakan pengajaran harus diberikan kepada pelajar sebegitu.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 26-6-2023 07:37 AM
Budak tu mcm takde duit nak beli stapler dan dawai kokot.. nak voodoo bkn cara tu.. apa la pensyarah ni..
Quote matjerk 26-6-2023 07:44 AM
Private college ke? Budak kelas belakang yg dipaksa further study then masuk private college? Tu yg keje cincaiii??
Quote TomyamPuteh 26-6-2023 07:55 AM
Mesti dak pompuan sbb jarum peniti tu utk tudung. Betul tak tekaan aku?
Quote adizero11 26-6-2023 08:01 AM
Zaman skrg semua benda nk viral kt socmed..aku lebih suka pensyarah tu tegur dan marah dlm kelas drpd dia merentan dekat socmed..pensyarah BBNU mungkin..
Quote Samerosie 26-6-2023 08:01 AM
Bukan budak tadika buat gini boleh le belimbing.  Ini dah berbulu atas bawah tengah belakang buat gini macam tak de akal.  Kalau tercucuk org pulak tak ke naya.  Memang sokong dimalukan sebab bebal melampau.
Quote Binodino 26-6-2023 08:07 AM
Hmm budak kolej kot, atau budak U. Patutnya kena tau la nak hantar assignment kena hantar betul2. Iols tak salahkan lecturer sebab benda ni students patut tau. Takkan nak bagitau satu2 do's and don'ts masa nak hantar assignment. Kau masa dapat kertas exam pun dah stapler siap2, bukan paku guna jarum peniti. Kalau guna paperclips tu boleh la kawtim lagi. Ini jarum peniti dipakainya. Macam mana kau boleh masuk kolej/U in the first place pun aku taktau. Markah nak tinggi tapi buat kerja cincai. Kalau aku jadi lecturer tu aku potong je markah assignment sebab buat kerja cincai. Kalau campak assignment ke muka kang ada pulak yang viralkan kata lecturer kurang ajar

Bab bergaya kemain nak tiptop. Sanggup berhabis duit nak ootd. Tapi hantar assignment guna jarum peniti. Baik kau tulis assignment tu atas daun kering, baru terpaling rare & terpaling viral
Quote supernaturalee 26-6-2023 08:08 AM
Samerosie replied at 26-6-2023 08:01 AM
Bukan budak tadika buat gini boleh le belimbing.  Ini dah berbulu atas bawah tengah belakang buat gi ...

bebal melampau beyond reasonable doubt


Quote Burong_Hantuk 26-6-2023 08:26 AM
sorry to say..;bdk2 skrg ramai yg kurang ajar & x hormat guru @ pendidik..buat kerja asal boleh
Quote dua_chzy 26-6-2023 08:30 AM
That is something so unexpected and out of the box. Tatau nak terhibur ka nak marah ini macam.
Quote swimswim 26-6-2023 08:36 AM
Budak2 zmn skrg bebal melampau. Tak dr common sense ke. Ni bkn tadika or sekolah rendah nk bimbing bagai sampai pakai benda yg boleh mendatangkan kecederaan dkt orang lain. Asal mudah je. Kena keje dkt plant oil n gas ni, confirmlah antara manusia yg menyebabkan kilang meletup
Quote talapia 26-6-2023 09:16 AM
keje last minit la tu... patut dah siap2 stapler baru hantar.. ni baru siap print.. nk stapler tak jumpa..  hantar selai2.. lecturer suruh stapler. Ye la.. klau x stapler kang hilang dah nyusahkan dia pulak.

Ujung2.. guna apa yg ada.. sauk ajela pin tudung.. mujur bukan brooch terus dia guna. Pemikiran kreatif tu bagus.. tapi keje cincai n last minit tak bagus dik
Quote pembacagosip 26-6-2023 09:32 AM
ada otak fikir
ada ke pakai jarum ngarut tahu x
dah x ada stapler ke kat satu Uni ko tu
aku x salahkan lecturer ye
budak skrg mmg merapu, mcm makanan viral yg merapu tu yg bbnu suka beratur berjam-jam
Quote rosa_canina 26-6-2023 09:54 AM
patut benda2 mcm ni basic.. dah nama student u/kolej takkan taktau
hntr assignment kenalah proper .. bukan asal boleh
budak2 skg takblh kena tegur  
Quote Belibis 26-6-2023 10:12 AM
Ini bodoo..bukan vodoo.
Quote slyfynx 26-6-2023 10:13 AM
BTW kan, Off-topic sikit...

stapler - kata nama
staple - kata kerja (kata nama jugak untuk mende alah isi dalam stapler tu)

Sama macam blender

blender - kata nama
blend - kata kerja

So ayat yang salah
- Please stapler these papers.
kene betulkan "Please staple these papers"

Sorry, saje share info sbb ramai salah guna.



Untuk x OT, jadah pakai jarum peniti? xde paper clip ke? or if xde sangat, just amik kertas and fold kat tgh2 untuk jadi divider.
Quote botol_tritan 26-6-2023 11:02 AM
Masa mula2 baca tajuk, i dah agak dah ni mesti budak universiti ‘itu’. Gigih google nama lecturer tu, mmg betul pun dia mengajar di situ. Haha. Dah boleh agak dah. Pengalaman i mengajar di sana, student dia kebanyakan (bukan semua) x matang. Lagi2 student diploma. Dalam kelas pun main2, buat lab report pun mcm nak nangis i tgk cara tulis masing2. Pernah bekerja di 2 universiti, so mmg beza student dia.
Quote kucingitam 26-6-2023 11:05 AM
Samerosie replied at 26-6-2023 08:01 AM
Bukan budak tadika buat gini boleh le belimbing.  Ini dah berbulu atas bawah tengah belakang buat gi ...

belimbing batu ke belimbing buluh sis? hahahah
Quote mojarean_X 26-6-2023 11:06 AM
Stapler tu sepatutnya stationery asas masa student. Mmg biadap kalo guna jarum peniti. Iols kalo terdesak sgt pun guna klip paper lps tu minta maaf kt pensyarah kata x sempat cari stapler
Quote kucingitam 26-6-2023 11:07 AM
dah besar kot...dari sekolah lagi dah belajar buat skrap book, tau kan kena staple, binding etc.. dah masuk u tiber jadi bodoh plak korang sampai nak kena bimbing bagai... common sense je, bukan nak kena buat calculation bagai

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-10-2024 11:22 PM GMT+8 , Processed in 0.091762 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top