Wanita dipaksa kekasihnya untuk makan najisnya selepas kantoi berlaku curang. Lelaki yang dikenali sebagai EP itu juga didakwa menyapu najisnya pada muka mangsa. Menurut Ketua Polis Cilandak, Jakarta Selatan, Wahid Key, suspek dan teman wanitanya mempunyai hubungan baik sehinggalah wanita itu berlaku curang. “Kes bermula selepas suspek melihat ada lelaki lain di dalam rumah sewa teman wanitanya. “Dia cuba mengejar lelaki itu, namun tidak berjaya sebelum dia memasuki tandas di rumah itu dan membuang air. “Selepas selesai, suspek keluar sambil membawa bahan buangan itu lalu menyapunya pada wajah teman wanitanya dan memaksanya makan,” kata Wahid. Selain itu, suspek juga dipercayai memukul teman wanitanya dibahagian tangan dan muka. Tidak lama selepas itu, teman wanita suspek membuat laporan polis.
Beberapa hari selepas itu, suspek ditahan polis. Jika disabit kesalahan, suspek boleh dipenjara selama dua tahun dan lapan bulan. Sumber: Utusan
|
ADVERTISEMENT