Amber Heard yang memencilkan diri daripada dunia Hollywood setahun lalu muncul di Festival Filem Taormina di Itali baru-baru ini. Ia merupakan kemunculan pertama Amber dikhalayak ramai selepas kalah dalam kes saman terhadap bekas suaminya, Johnny Depp.
Amber dilaporkan hadir ke acara tersebut bagi tayagan perdana filem lakonan terbaharunya berjudul In The Fire. Bintang Aquaman itu dilihat penuh keyakinan saat melalui acara karpet merah selain sempat melayani peminat dengan mengambil gambar bersama mereka. Kemunculannya itu menarik perhatian ramai malah netizen memuji kejelitaan Amber yang dilihat semakin menyerlah. "Dia memang seorang wanita yang berani. Dia tak pernah putus asa walaupun ramai yang tidak senang dengannya. "Wajahnya semakin berseri dan nampak bersemangat," komen netizen. Pada Jun tahun lalu, mahkamah memerintahkan pelakon itu membayar ganti rugi sebanyak AS$15 juta (RM65 juta) kepada Johnny selepas kalah dalam saman mendakwa didera bekas suaminya itu.
Jumlah itu kemudian dikurangkan kepada AS$10.35 juta (kira-kira RM45 juta) sejajar dengan had punitif yang dibenarkan undang-undang di negeri itu. Tujuh juri yang mendengar perbicaraan itu mendapati bahawa artikel ditulis Heard pada 2018 mengenai dakwaan keganasan seksual adalah fitnah dan berniat jahat terhadap Johnny. Sumber: mStar
|
_blackbird replied at 13-7-2023 11:53 AM
beza bebenor masa sara hidup guna duit jantan kaya dengan skang kena sara diri sendiri. dulu baju he ...
ADVERTISEMENT