Dalam kegembiraan ramai melihat pernikahan Shuib bersama pilihan hatinya, Watie Hanifiah yang berlangsung meriah, anak perempuan pelawak popular itu, Dzahira Talita Zahra mengalirkan air mata. Talita atau Dek Ta dilihat menangis menerusi sebuah video dipercayai selepas bapanya selamat bernikah.
Menjengah di ruangan komen perkongsian tersebut, rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi malah ada juga yang turut sebak melihat Talita yang mengalirkan air mata. Dalam kesedihan itu, ramai turut mendoakan agar Talita menjadi anak yang baik kepada kedua ibu bapanya. Shuib pernah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin pada 2011 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwau Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan 2. Allahyarham Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan COVID-19. Sumber: Xtra
|
Suchi replied at 26-6-2023 07:15 AM
Tak faham jd dia menangis sbb apa?
Penat? Sbb byk sgt mejelis itu ini tak abis2 ke?
Lavender_Violet replied at 26-6-2023 09:10 AM
Memang tak boleh ubah apa2 bila apak dah menikah baru
Cuma maybe hati dia tersentuh...teringat arw ...
nanasno replied at 26-6-2023 11:03 AM
so dorg dah kawen ni plis la cukup2 laa cerita soeb ni. geli geleman tengok. nanti kang keluar la ce ...
ADVERTISEMENT