Beluran: Tiupan angin kencang menyebabkan rumah atas air sebuah keluarga di Kampung Kolapis, di sini, roboh ke laut. Dalam kejadian pada jam 5.45 petang itu, tujuh beranak terpaksa melalui detik cemas tersebut namun berjaya diselamatkan pasukan penyelamat.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beluran Edoen Macheal berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada 5.51 petang. Menurutnya, sejurus itu sepasukan 10 anggota dari BBP Beluran bersama bomba sukarela dari kampung berkenaan ke lokasi kejadian. "Apabila anggota bomba bertugas tiba, didapati sebuah rumah hampir tenggelam dan terdapat tujuh sekeluarga di dalam rumah berkenaan. "Bomba sukarela yang berdekatan lokasi itu menyelamatkan semua mangsa," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.
Menurutnya, operasi menyelamat ditamatkan 6.29 petang. Sumber: Harian Metro |
ADVERTISEMENT