CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Warga Emas Ditemukan Maut Dipercayai Dibunuh

26-6-2023 12:46 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 417| Komen: 1

Bentong: Seorang lelaki warga emas berusia 64 tahun disyaki mati dibunuh di sebuah rumah pangsa dekat sini, semalam.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Zulfadli Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan daripada polis untuk membantu mengambil mayat di rumah mangsa terbabit, kira-kira 4.10 petang.



"Seramai enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bentong bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan.

"Menurut laporan polis, mayat mangsa disyaki dibunuh kerana terdapat kesan kebakaran pada kain menutupi mayat mangsa," katanya ketika dihubungi. 

Katanya, mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk siasatan dan tindakan lanjut.


Sumber: Harian Metro



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Supersirap 26-6-2023 06:49 AM
Semoga sipelaku dapat diberkas dan diberikan hukuman yg setimpal

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-10-2024 09:20 AM GMT+8 , Processed in 0.027994 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top