CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bau Busuk Dedah Mayat Terikat Dalam Stor

25-6-2023 08:34 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2144| Komen: 24

Tumpat: Bau busuk yang disangkakan bangkai binatang dari sebuah rumah dalam proses ubahsuai di Taman Kota Kubang Labu, Bandar Baharu Pasir Pekan, di sini, rupanya bau mayat seorang lelaki.

Mangsa tanpa identiti yang berusia dalam lingkungan 40-an ditemukan kira-kira jam 3 petang tadi dalam keadaan kedua kaki dan tangan terikat serta ada kesan darah di lantai selain sudah dihurung lalat.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Amran Dolah berkata, berdasarkan keadaan mayat, mangsa dipercayai sudah meninggal dunia tidak lebih daripada tiga hari.

Anggota polis menjalankan pemeriksaan di lokasi penemuan mayat di rumah dalam proses ubahsuai di Taman Kota Kubang Labu, Bandar Baharu Pasir Pekan, di sini. FOTO Nik Abdullah Nik Omar

"Mayat ditemukan pekerja yang membuat kerja ubah suai rumah itu berikutan bau busuk sebelum memaklumkan kepada pemilik seterusnya pihak polis dihubungi.


"Mayat dibawa ke Hospital Tumpat untuk proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK)," katanya.

Sementara itu, pemilik rumah, Ho Wei Jiat, 34, berkata, dia ke rumahnya kira-kira jam 3 petang tadi berikutan pekerja mengadu mengenai bau busuk yang datang dari tingkat atas.

"Sebenarnya bau itu dihidu sejak semalam lagi dan kami menyangkakan ia bangkai binatang tapi sebaik diberitahu sekali lagi oleh pekerja, saya memberanikan diri naik ke tingkat atas menuju ke stor.

"Saya membuka pintu dan ternampak kotoran berwarna coklat di lantai sebelum kelihatan sepasang kaki manusia dan merasakan ada sesuatu yang tidak kena, saya segera menghubungi polis," katanya kepada pemberita di sini.

Wei Jiat berkata, baik pulih rumahnya sudah dimulakan sejak setahun lalu dan dia juga ingin membersihkan bahagian stor kerana mahu menempatkan beberapa lagi pekerja untuk kerja ubahsuai kediamannya itu.

Katanya, walaupun terkejut dengan penemuan mayat itu, dia tetap akan meneruskan kerja ubahsuai rumah namun belum memutuskan sama ada untuk menetap di situ atau tidak.

"Memang terkejut dengan kejadian ini tapi proses ubahsuai rumah tetap akan diteruskan cuma kami masih berkira-kira untuk menetap atau tidak kerana bimbang ibu bapa akan takut," katanya.


Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 25-6-2023 08:37 PM
Naya tuan rumah...
Quote Samerosie 25-6-2023 08:39 PM
Kesian.  Tak memasal suey dah rumah tu.
Quote Carcosa 25-6-2023 08:55 PM
Gigih la jgk kan pembunuh tu dok angkat sampai ke tingkat atas. Tak tau la masa angkat tu, masih hidup ke dah selamat malam.
Quote sailormars 25-6-2023 09:23 PM
naya tuan rumah...jangan berhantu dah la....naya pulak untuk org duduk rumah tu nanti...
Quote makita 25-6-2023 09:56 PM
Samerosie replied at 25-6-2023 08:39 PM
Kesian.  Tak memasal suey dah rumah tu.

Habis lah. Tak ong dah rumah tu. Cina mmg byk pantang larang. Masa meols keje dulu..manager cina x bagi guna pen merah. Sampai tahap tu lah kan.
Quote sharlenetexas 25-6-2023 10:01 PM
makita replied at 25-6-2023 09:56 PM
Habis lah. Tak ong dah rumah tu. Cina mmg byk pantang larang. Masa meols keje dulu..manager cina x ...

Ganti pen kaler pink ke?


Quote sharlenetexas 25-6-2023 10:02 PM
Teringat dulu tgk teater sejarah kota kubang labu.


Quote antikorok 25-6-2023 10:32 PM
Bukan setakat tuan rumah, jiran sebelah pung bakalan rasa angker dgn kejadian ini.
Quote Thunderclouds 25-6-2023 10:46 PM
Suwey la umah.
Naye tt.
Quote hanasensei 26-6-2023 12:11 AM
makita replied at 25-6-2023 09:56 PM
Habis lah. Tak ong dah rumah tu. Cina mmg byk pantang larang. Masa meols keje dulu..manager cina x ...

Ikut atas cina gak.. mybe yg dh moden ok sikit dah kot. Yg bisnes maybe lah..dorg bab suwey, nombor x ong, feng shui memang patuh hbis.
Msa aku baru ngajar kat skolh cina, pernah la tertulis nma murid guna pen merah .pen tu jer yg ada pun msa tu. Cepat2 murid tu bgtahu x boleh tulis guna pen merah mcam doa org tu nak bagi mati.. tapi kwan2 cikgu ok jer. Siap yg tulis nama sendri guna pen merah. Bila kita offer pen hitam..siap cakp xper la. Cincai jer.
Tpi bab mati dalm rumah memang dorang x brapa suka. Sbb ada kwan yg sakit kanser stage 4. Masa tu dh nazak. Doctor dh bagi permission utk family bwa balik rumah sbb xboleh buat apa2 just tggu masa jer. Tpi kluarga mendiang memang xnk bwa balik. Seminggu lebih gak la.
Quote cmf_jeangrey 26-6-2023 12:17 AM
Kesian pula si wei jiat..nak duduk mesti teringat2 mayat dlm stor tu
Quote husie91 26-6-2023 09:55 AM
Kwn iols kerja kt bhagian kontraktor buat rumah plak bgtau cina tk suka or takkan beli kt rumah ada simpang.. tak ingt la simpang mcm mana.. mcm dlm taman tu dia takkam beli rumah tepu simpang even gated guarded pon.. bad luck katanya [em:12:]
Quote Mini.Me 26-6-2023 10:12 AM
Berhantu laa rumah...harus dia sewakan ja tu nanti
Quote supernaturalee 26-6-2023 10:20 AM
makita replied at 25-6-2023 09:56 PM
Habis lah. Tak ong dah rumah tu. Cina mmg byk pantang larang. Masa meols keje dulu..manager cina x ...

my ex bos chinese pun ckp benda sama
klu cikgu sbb utk keje dia lain la
ni klu saja2 nk guna utk buat note ke ape, kata dia x elok
bad luck or something not good gitu




Quote supernaturalee 26-6-2023 10:21 AM
amboi dlm nya park
klu pintu besaq lebaq mau smpi masuk dalam ye

Quote CoffeeOverdose 26-6-2023 10:27 AM
Dlm byk tmpt/lokasi utk lupus mayat, kenapa rumah dia juga yg jd pilihan. Dgn ada jiran sebelah2 rmh. Mcm langsi sgt pembunuh nih.
Quote syamzana 26-6-2023 10:30 AM
husie91 replied at 26-6-2023 09:55 AM
Kwn iols kerja kt bhagian kontraktor buat rumah plak bgtau cina tk suka or takkan beli kt rumah ada  ...

simpang 3 gitu chuols. yg macam laluan taman tu ada simpang umah tu betul2 kat depan simpang mmg pantang betul cina.
kwn iols beli umah besar gedabak semiD 6bilik umah disimpang camni la, cina (developer) bg murah je katanya takleh elak sbb design taman tu terjadi jugak rumah tu disitu
mula2 igt umah lelong ke apa rupanya sbb kes itu saje. sng hati kwn iols dpt beli umah murah 40% kot dari harga umah sekitar

btw, kesian owner ada mayat mereput plak dlm umah
Quote dua_chzy 26-6-2023 10:34 AM
Kalau aiols, aiols akan speku pekerja2 tu juga punya kerja. Koser sampai dalam stor nak letak mayat kalau aiols nak cepat, baik buang depan pintu rumah ja. Yang letak mayat tu musti tau sangat selok belok rumah tu. Baik siasat habis2an pekerja2 kay Wei Jiat.
Quote grouper 26-6-2023 11:49 AM
husie91 replied at 26-6-2023 09:55 AM
Kwn iols kerja kt bhagian kontraktor buat rumah plak bgtau cina tk suka or takkan beli kt rumah ada  ...

Rumah yg menghadap simpang mmg pantang utk org cina. Kepercayaan diorg tenaga yin bersifat sejuk byk berkumpul kat simpang tu jadi tarikan utk tenaga2 negatif mcm hantu dsb. Sbb tu kat simpang2 jln masa perayaan hantu lapar depa bakar colok n letak bendera kecik kat situ

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-10-2024 11:20 AM GMT+8 , Processed in 0.077254 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top