CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Remaja Lelaki Selamat Langgar Tembok Balai Polis Sungai Jarom

25-6-2023 08:01 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 514| Komen: 9

Kuala Langat: Seorang remaja lelaki terselamat selepas kenderaan dinaiki terbabas sebelum merempuh kenderaan lain lalu melanggar tembok pagar batu Balai Polis Sungai Jarom, malam tadi.

Remaja tersebut yang merupakan pembantu kedai berusia 19 tahun bagaimanapun didapati memandu tanpa lesen.



Ketua Polis Daerah Kuala Langat Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd . Nor @ Saleh berkata, siasatan mendapati kemalangan berlaku apabila remaja tersebut yang memandu kereta jenis Perodua Myvi dalam perjalanan ke Sungai Buaya Jenjarom dari Banting.

Katanya, kereta itu bagaimanapun hilang kawalan semasa membelok ke kiri lalu terbabas ke bahu jalan dan terlanggar sebuah kereta jenis Perodua Bezza yang diparkir di hadapan balai polis tersebut.

“Akibat daripada perlanggaran itu Perodua Bezza bergerak ke hadapan dan terlanggar tembok pagar batu Balai Polis Sungai Jarom.

“Namun, pemandu Myvi itu tidak mengalami sebarang kemalangan dengan ujian air kencing terhadapnya adalah negatif. Semakan mendapati pemandu itu bagaimanapun tidak mempunyai lesen,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Justeru, orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian itu diminta menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat, Sarjan Nur Farhana Abdullah di talian 013-2065466 atau 03-31872222 dan kes disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Belibis 25-6-2023 08:17 PM
Nak minta maklumat dari orang ramai jugakkkk..dah sah2 depan balai.[em:3:]
Quote Carcosa 25-6-2023 08:57 PM
Kau mmg mobile legend, dik.
Byk2 tmpt kau boleh terbabas, ke balai polis jugak hala tujuan ko
Quote Nizleen86 25-6-2023 09:14 PM
Senang accident terus report polis depan mata
Quote sukacactus 25-6-2023 10:39 PM
Hilang kawalan apoo
Belok laju la tu sampai terbabas
Quote Thunderclouds 25-6-2023 10:44 PM
Means dia lggaq keta.
Bukan direct teruih sondol tembok.
Hapo.
Quote sharlenetexas 25-6-2023 10:47 PM
Lain kali langgah rumah tajudin.


Quote elzy 26-6-2023 08:32 AM
Turun kereta terus buat report polis..
Quote supernaturalee 26-6-2023 10:08 AM
Thunderclouds replied at 25-6-2023 10:44 PM
Means dia lggaq keta.
Bukan direct teruih sondol tembok.
Hapo.

tu lah
car kiss car then kiss tembok





Quote Thunderclouds 26-6-2023 12:10 PM
supernaturalee replied at 26-6-2023 10:08 AM
tu lah
car kiss car then kiss tembok

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-10-2024 01:25 PM GMT+8 , Processed in 0.181734 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top