Pelakon Hiroki Matsumoto yang melakonkan watak Ultraman Decker sama sekali tidak menyangka francais adiwira popular itu cukup diminati di Malaysia. Kehadiran Matsumoto pada majlis pelancaran siri adiwira baharu dari Jepun, Ultraman Decker Final Tour: Journey to Blazar turut ditemani dua rakan pelakon, Yura Murayama (Ichigo Kirino) dan Raiga Terasaka (Ultraman Trigger).
Pelancaran yang diadakan di perkarangan LaLaport Bukit Bintang, di sini, hari ini mendapat sambutan hangat peminat tempatan. Matsumoto menyifatkan sambutan meriah pada majlis pelancaran, hari ini menjadi perkara yang akan diingati.
"Terima kasih menyokong kami terutama siri Ultraman sejak dari dahulu sampai sekarang. Saya tahu sudah banyak karakter Ultraman disiarkan, tetapi saya bangga menerima sambutan baik penonton di Malaysia. "Saya berbesar hati diberi tanggungjawab menggalas watak Ultraman Decker. Ramai juga peminat Ultraman Decker di sini. Saya harap semua orang gembira dan terhibur hari ini," katanya. Turut hadir, Ketua Kandungan Kanak-Kanak Astro, Farah Fauzana dan Pengurus Eksekutif Jabatan Perniagaan Antarabangsa Tsubaraya Productions, Kei Minamitani. Program Ultraman Decker Final Tour: Journey to Blazar diadakan di LaLaport Bukit Bintang antara 10 Jun hingga 2 Julai depan turut menyediakan pameran istimewa, Ultraman Decker termasuk aktiviti menarik untuk pengunjung. Penganjuran juga menjadi acara rasmi francais Ultraman bersama peminat buat kali pertama di Malaysia menerusi kerjasama Astro, Tsuburaya Productions dan Lalaport Kuala Lumpur. Kemunculan francais adiwira popular itu di saluran televisyen (TV) tempatan masih ditagih peminat apabila masing-masing jelas tidak sabar menantikan tayangannya di saluran Astro Ceria, jam 8.30 malam, mulai 8 Julai depan. Sumber: BH Online
|
prince_marhaen replied at 26-6-2023 12:15 PM
Nokkkkkk...ko lahir 1999, sebelum-sebelum tu pun otromen dah jadi culture budak2 sini dikkkkkkk... h ...
ADVERTISEMENT