CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Warga Emas Dijel 36 Tahun, 3 Sebatan Rogol Anak Sepupu

25-6-2023 07:14 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 271| Komen: 0

Jertih: Seorang warga emas dijatuhi hukuman penjara 36 tahun dan tiga sebatan di Mahkamah Sesyen Besut di sini hari ini kerana merogol anak sepupunya, empat tahun lalu.

Hakim Ahmad Fadhli Mahmud membuat keputusan itu selepas tertuduh yang berusia 70 tahun didapati bersalah terhadap pertuduhan berkenaan.



Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa merogol mangsa yang ketika kejadian berusia 15 tahun lapan bulan di sebuah rumah di Besut, 10.30 pagi pada pertengahan Mac 2019.

Dia didakwa melakukan kesalahan sama terhadap mangsa di alamat sama pada akhir Mac dan Jun 2019.

Bagi setiap kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(2)(d) Kanun Keseksaan.

Tertuduh dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan satu sebatan bagi setiap pertuduhan.

Mahkamah mengarahkan hukuman penjara berjalan secara berasingan bermula hari ini.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan penangguhan hukuman terhadap tertuduh dengan jaminan RM15,000.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nik Rabiatul Adawiah Soupy manakala tertuduh diwakili peguam daripada Tetuan Wan Haron Syukri & Nordin.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-3-2025 04:46 PM GMT+8 , Processed in 0.033474 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top