CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Usim Nafi Keluar Surat Kerah Pelajar Hadiri Program Temu Anwar

25-6-2023 05:18 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 761| Komen: 5

Seremban: Universiti Sains Islam Malaysia (Usim) menafikan ada mengeluarkan sebarang bentuk surat bertajuk 'Kerahan Pelajar Untuk Menghadiri Temu Anwar @ Negeri Sembilan'.

Menerusi kenyataan dikeluarkan oleh Pusat Komunikasi Strategik Usim, hari ini, universiti berkenaan menegaskan tidak pernah mengeluarkan sebarang bentuk surat seperti yang ditularkan.


Surat palsu yang tular di media sosial. FOTO Twitter Rasmi Usim

"Pihak universiti tidak pernah mengeluarkan sebarang bentuk surat seperti yang ditularkan dan ia adalah palsu.

"Satu laporan polis dibuat dan pelaporan kepada aplikasi media sosial di atas pelanggaran peraturan dan syarat perkhidmatan terhadap akaun berkaitan sudah dilakukan.

"Pihak universiti amat kesal di atas penghasilan dan penularan surat dan maklumat yang tidak berasas ini," kata kenyataan itu.


Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa kira-kira dua jam dalam program Temu Anwar@Negeri Sembilan di Dewan Tunku Canselor, Usim, yang dihadiri lebih 3,000 orang penuntut universiti, politeknik dan sekolah menengah sekitar negeri ini.


Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tikusmontok 25-6-2023 07:11 PM
Program ni kah yg ada cobaan ngorat oleh si tua kutuk?
Quote Firenzza 25-6-2023 07:18 PM
tikusmontok replied at 25-6-2023 07:11 PM
Program ni kah yg ada cobaan ngorat oleh si tua kutuk?

Tlg tumpah teh cap mesjid sis......
Quote tikusmontok 25-6-2023 07:22 PM
Firenzza replied at 25-6-2023 07:18 PM
Tlg tumpah teh cap mesjid sis......

Mai tgk sini...

https://b.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=5186945&extra=page%3D1&mobile=2
Quote ChildrenOfBodom 25-6-2023 09:27 PM
surat mungkin palsu tapi arahan suruh budak mai bagi ramai majelis tu muhong laa kalau tak paksa...aci tanya pejabat HEP depa...
Quote Bholatchomel 26-6-2023 10:50 AM
aku masih ingat satu ketika dulu waktu reformasi, waktu tu aku belajar kat satu negeri pantai timur ni, boleh dikata setiap hari student diberi pamphlet pasal reformasi. pastu every week lecture kat situ pujuk student turun kl tuk join refomasi. tak pikir langsung kalo student kena tangkap ke hapa ke. aku terus jer cakap dari join refomasi tu baik aku balik rumah.. sbb rumah aku mmg kat kl pun. dah bila kuliah maghrib ada 2 -3 kali gi pasang video reformasilah, cerita pasal abang nonlah. so aku tak heranlah kalo diorg paksa student jumpa tu mmg cara diorg.   

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-3-2025 04:46 PM GMT+8 , Processed in 0.075557 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top