CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bengkel Kena Ceroboh, Kawan Makan Kawan

25-6-2023 05:15 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 945| Komen: 9

Batu Pahat: "Tak sangka, orang yang selalu datang ke sini (bengkel) dan baik dengan kami rupanya dalang," kata Mohd Kamaruzaman Mohd Ismail, 38, selepas bengkel motosikalnya di Bukit Jeragan, dipecah masuk kawan sendiri, semalam.


Menurutnya, sekitar jam 9 malam dia mendapat panggilan telefon daripada jiran memaklumkan bengkelnya dimasuki pencuri.

Jeriji besi di belakang bengkel diumpil penjenayah sebelum melarikan alat ganti di bengkel milik Mohd Kamaruzaman di Bukit Jeragan di sini. FOTO Alias Abd Rani

"Ketika itu saya dan isteri berada di Pontian untuk menyiapkan landskap pelanggan. Bengkel motosikal ini hanya sampingan bila tiada kerja membuat landskap.

"Kami bergegas pulang dan mendapati semua alat ganti dalam bengkel hilang. Selepas melihat CCTV (kamera litar tertutup) dari rumah jiran mendapati seorang penjenayah masuk ke dalam bengkel manakala dua lagi menunggu dalam kereta.


"Salah seorang daripada mereka saya kenal kerana boleh dikatakan setiap minggu datang ke bengkel termasuk untuk membaiki motosikal," katanya yang membuat laporan polis pada malam kejadian.

Mohd Kamaruzaman berkata, akibat kejadian itu dia kerugian hampir RM10,000 apabila pelbagai alat ganti motosikal dilarikan penjenayah terbabit.

"Rupa-rupanya dia sudah lama memerhati sebelum melakukan perbuatan itu. Patutlah minggu lalu dia hubungi saya bertanyakan bengkel buka ke tidak," katanya kepada Harian Metro.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintendan Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan dan kes masih dalam siasatan.


Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Goodluckdontcry 25-6-2023 07:22 PM
Begitulah manusia dik.. makhluk yg sgt menakutkan..sbb blh jd muka bertalam-talam..depan lain..blkg lain wajahnya..tepi blh kanan lain..rambut belah tepi kiri pun lain.. kehkehkeh

Tp itulah manusia..kdg kita pun xmampu nak tafsir dirinya bagaimana..kalau syaitan laknatullah..dah termaktub..dia makhluk yg membawa kesesatan..kalau binatang..dia ada naluri binatang yg xmampu fikir sbb ada otak tapi xde akal.. manusia?? Otak ada..akal ada..tp most of the time..akal di lutut dik..nafsu diotak..maka jadilah hamba nafsu...bertabahla dgn dunia yg porak peranda skrg ni...mmm
Quote she 25-6-2023 07:25 PM
Mencuri merompak takat ribu2
Penat je dapat
Quote Belibis 25-6-2023 07:42 PM
she replied at 25-6-2023 07:25 PM
Mencuri merompak takat ribu2
Penat je dapat

Bukan level menteri sis.sekali sakau jota2 terus..tak kena tangkap pulak.
Quote she 25-6-2023 07:44 PM
Belibis replied at 25-6-2023 07:42 PM
Bukan level menteri sis.sekali sakau jota2 terus..tak kena tangkap pulak.

Hahahahahaha

Itu mencurik level ghaib
Guna ilmu batin
Quote Jitu 25-6-2023 09:43 PM
la setakat jaring mcm tu je mmg senang la nak masuk
Quote babyleo68 26-6-2023 02:42 AM
We behave like and animal. So yeah, Humans are the worst species of animal.
Quote Supersirap 26-6-2023 06:38 AM
X baik mencuri, ingatlah jika kita susah, ada orang lagi susah dari kita
Quote kepompong 26-6-2023 06:52 AM
Belibis replied at 25-6-2023 07:42 PM
Bukan level menteri sis.sekali sakau jota2 terus..tak kena tangkap pulak.

OKT level beginner lah kot. Perompak b40
Quote Tinot7 26-6-2023 08:40 AM
Potong tangan deme.. nyusahkan org jahh..

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-3-2025 04:46 PM GMT+8 , Processed in 0.239855 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top