Miri: Seorang wanita warga emas di sini, lesap wang simpanan sebanyak RM30,000 selepas mendakwa ditipu tiga bomoh China. Kejadian berlaku pada 19 Jun lalu, pada 7 pagi apabila mangsa yang berusia 80 tahun itu disapa tiga wanita dipercayai warga China di perhentian bas Jalan Raja di sini, selepas dia turun dari bas untuk ke kawasan bersenam.
Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Admah Sapri berkata, ketiga wanita itu dikatakan memakai pelitup muka dan tiba-tiba mengatakannya kepadanya yang dia akan ditimpa nasib malang dalam masa tiga hari. "Seorang daripada suspek mengatakan pernah berjumpa dengan mendiang suami mangsa dan mengatakan kononnya pernah menyuruh mereka mencari mangsa untuk membuang nasib malang kerana kononnya anak lelaki mangsa akan meninggal dunia dalam masa terdekat," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Mohd Azman menambah suspek kemudiannya menawarkan mangsa untuk berubat dengan mereka bagi membuang nasib malang itu.
Selain itu, beliau berkata, seorang daripada suspek itu juga mengatakan perlu menghubungi kawasan mereka yang kononnya berumur 100 tahun untuk meminta nasihat dan cara berubat. "Suspek menghubungi kawasan mereka dan bercakap dalam bahasa Cina sebelum mengarahkan mangsa untuk mengambil wang sebanyak RM4,000 dan mengeluarkan wang dari akaun banknya sebanyak RM26,000," katanya. Menurutnya, mangsa kemudiannya diarahkan masuk ke dalam sebuah kereta berwarna hitam dan kemudian menyuruh mangsa mencuci tangan serta kaki di luar kereta menggunakan air botol yang dibawa oleh mereka kononnya sudah dijampi bagi membuang nasib malang berkenaan. Katanya, selepas mangsa mencuci tangan dan kaki, suspek menyerahkan semula barang mangsa yang dibungkus dengan surat khabar serta menyuruh mangsa beredar dari lokasi dan hanya boleh membuka bungkusan berkenaan selepas empat hari. "Pada 23 Jun lalu, mangsa minta anak lelaki dan menantunya pulang ke rumah bagi membuka bungkusan surat khabar berkenaan. "Apabila dibuka, ia hanya mengandungi garam kasar," katanya. Sumber: Harian Metro
|
_blackbird replied at 25-6-2023 05:55 PM
acik2 porum dlm ni pon byk je dah kena scam dengan cerita delusi @Bipolajourney . claim ada PA, ada ...
dudaberhias replied at 25-6-2023 10:12 AM
ahahaha khen...
kemain pa berenti bagai hujung2 rhopernya PA tu adik sendiri yang di jadikan hamba ...
ADVERTISEMENT